Langkau ke kandungan utama

BENARKAH JDT SAMBAR AKHYAR RASHID ATAU SEKADAR ........ ?

Jika berdasarkan kepada cakap-cakap yang semakin lantang kedengaran dalam kalangan peminat bola sepak Kedah, penggempur utama Lang Merah, Akhyar Rashid dikatakan sudah memaklumkan ‘lamaran’ yang diterimanya dari Johor Darul Ta’zim (JDT) kepada Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).

Bagaimanapun, hasil perbincangan antara pemain sayap itu dengan KFA masih menjadi tanda Tanya tetapi pasa masa sama, Kedah difahamkan berat hati untuk melepaskannya sambil mengharapkan pemain yang mempunyai baki kontrak hingga 2019 itu tampil untuk perbincangan lanjut.


Menurut sumber, Akhyar perlu bersikap professional dengan hadir berbincang hal berkaitan penebusan kontrak dengan lebih lanjut termasuk mengemukakan tawaran daripada pihak yang melamarnya.

“Kita perlu saling hormat menghormati kerana dia dan KFA masih terikat dengan satu tahun kontrak lagi sehingga 2019.

“Kita berharap dia hadir berjumpa kita dan selesaikan segala perancangan kerana kita yang bentuk dia dan tak akan kita nak lepaskan dia begitu sahaja.

“Jadi kalau betul ada tawaran, kena lah bersikap professional dan datang bincang, dedek dengan kita dan bawa surat dari kelab mana yang buat tawaran.” Kata sumber dalaman KFA.

Sementara itu menurut sumber daripada pihak Akhyar sendiri, pemain itu dikatakan sudah mengadakan pertemuan kali pertama dengan KFA bagi menyatakan hasrat berkaitan tawaran yang diterimanya itu.

“Akhyar tetap menghormati kontrak yang masih ada dan sudah mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan KFA bagi menyatakan hasrat berkaitan tawaran, namun diberi tempoh memikirkan perkara itu sebelum rundingan seterusnya.

“Akhyar sedang focus bersama skuad kebangsaan dan selepas pulang nanti dia akan meneruskan perbincangan berkaitan tawaran yang diterimanya,” kata sumber terbabit.
Ikuti laporan sepenuhnya di akhbar Harian Metro, 09.11.2018 :

Ulasan