AZRIF NASRULHAQ ANTARA YANG DIGUGURKAN DARI SKUAD HARIMAU MALAYA

Seramai 26 pemain sebelum ini telah dipanggil bagi mengikuti kem latihan pusat terakhir menjelang Piala Suzuki AFF 2018 yang bermula pada 24 Oktober lalu.

Selepas perlawanan persahabatan antarabangsa “A” terakhir bertemu Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi yang berkesudahan Malaysia menang 3-0, Cheng Hoe telah menggugurkan tiga pemain bagi melengkapkan senarai akhir 23 pemain.


Mereka adalah pemain pertahanan kanan, Azrif Nasrulhaq Badrul Hisham (JDT) serta dua pemain tengah, Nor Azam Abdul Azih (Pahang) dan Azzizan Nordin (Sabah).

Antara pemain JDT yang masih kekal adalah :

Farizal Marlias
Aidil Zafuan
Adam Nor Azlin
Syamer Kutty Abba
Safawi Rasid
Hazwan Bakri
Syafiq Ahmad

Berikut senarai akhir 23 pemain yang terpilih untuk mengarungi saingan Piala AFF Suzuki 2018.

Ulasan