- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) melalui laman rasmi facebook JOHOR Southern Tigers telah menyatakan rasa kecewa kerana dituduh tidak berbincang dengan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dalam percubaan mendapatkan khidmat pemain muda mereka, Akhyar Rashid.
Ini dinyatakan sendiri oleh Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, Alistair Edwards sebentar tadi. Tambahan beliau, Kelab JDT mungkin berminat untuk menandatangani Akhyar jikalau beliau bersedia untuk berpindah tetapi JDT sedia maklum bahawa beliau masih mempunyai kontrak setahun lagi dengan Kedah.

"Disebabkan perkara tersebut, kami tidak membuat tawaran kepada Akhyar.
"Kami tidak boleh menerima tuduhan sedemikian hanya kerana pemain tersebut mahu menamatkan kontrak beliau. Sekiranya Akhyar ejen bebas tanpa kontrak, beliau bebas untuk berunding dengan mana-mana kelab yang mempunyai hasrat untuk mendapatkannya, termasuk JDT." ujar Alistair Edwards lagi.
Sumber : JOHOR Southern Tigers
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan