AFC Club Ranking : JDT Berada DI Tangga Ke 23 Ranking Kelab Asia 2018

AFC Club Ranking : JDT Berada DI Tangga Ke 23 Ranking Kelab Asia 2018


Perlawanan akhir Liga Juara-Juara AFC 2018 telah pun tamat semalam dengan Kashima Antlers, dari kelab J-League menjuarai kjuaraan paling berprestij di Asia. Kashima Antlers menjadi juara setelah mengalahkan Persepolis dengan agregat 2-0.

Perlawanan itu juga merupakan perlawanan terakhir peringkat kelab sebelum ranking kelab diperolehi.

Tahniah kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) yang telah melompat naik ke tangga ke 23 ranking kelab Asia di bawah naungan AFC untuk tahun 2018. Kedudukan ke 23 itu juga menjadikan JDT kelab terbaik dan mempunyai ranking tertinggi di kalangan negara ASEAN. JDT berada di atas dan mendahului Buriram United dan Muangthong United yang kedua-duanya kelab dari Thailand.


JDT berjaya mengumpul sebanyak 48.70 mata berbanding dengan Buriram United (45.24) dan Muangthong United ( 32.24). Buat pertama kalinya JDT mencapai prestasi yang dikira terbaik.



Kashima Antlers, juara baharu Liga Juara-Juara AFC 2018 pula di kedudukan ke 10 dengan 79.90 mata, manakala di kedudukan teratas adalah kelab Al Duhail dari negara Qatar dengan 116. mata.

Selain dari JDT, 3 pasukan lain juga tersenarai dalam ranking tersebut. Berikut adalah jumlah mata dan kedudukan pasukan dari Malaysia :

23 - Johor DT (48.70 mata)
95 - Pahang (12.99 mata)
108 - Selangor (9.66 mata)
114 - Felda United (8.66 mata)

Kedudukan JDT di peringkat kelab itu juga banyak membantu Malaysia mengekalkan kedudukan 6 tempat teratas ranking AFC Club Competitions Ranking 2018. Kedudukan 6 teratas adalah amat penting bagi Malaysia untuk melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC (ACL) seperti yang telah dicapai pada akhir 2017. Kedudukan pada 2017 itu melayakkan pasukan Juara Liga Super Malaysia (JDT) beraksi dalam ACL 2019 nanti di peringkat kumpulan.


AFC Club Competition Ranking 2018
Malaysia masih mengekalkan tempat di nombor 6 Zon Asia Timur dengan mengutip 24.695 mata. Berada rapat mencabar Malaysia adalah Filipina (20.297 mata).

DI kalangan negara Asia pula Malaysia berada di tangga ke 13.

AFC Club Competitions Ranking (Zon Asia Timur) 2018 :

China - 71.267 mata
Korea - 65.800 mata
Jepun - 61.450 mata
Thailand - 42.250 mata
Australia - 34.700 mata
Malaysia - 24.695 mata
===========
Filipina - 20.297 mata
Hong Kong - 19.050 mata

Masih selamatkah Malaysia berada di tangga 6 teratas buat beberapa tahun ini ? Filipina semakin menghampiri Malaysia.

Ulasan