Adalah tidak adil menyalahkan dan mengecam pengurusan JDT dalam urusan perpindahan Akhyar Rashid yang dikhabarkan ke JDT. Keadaan sebenarnya kita tidak tahu bagaimana proses yang telah dilakukan oleh JDT.
Seorang penggemar Liga Bolasepak Malaysia dalam posting akaun facebook beliau memberikan pandangan peribadi beliau tentang proses penghijrahan Akhyar itu yang dikaitkan dengan kelab JDT.
Seorang penggemar Liga Bolasepak Malaysia dalam posting akaun facebook beliau memberikan pandangan peribadi beliau tentang proses penghijrahan Akhyar itu yang dikaitkan dengan kelab JDT.
Berikut adalah petikan penuh dari akaun facebook Jali Pok Yah :
============
TINDAKAN PALING HEBAT ORANG KITA BOLEH BUAT ADALAH BAGI PANDANGAN, KECAM & KRITIKAN HANYA DI RUANGAN KOMEN
Kah Kah Kah.
Kemon brader. Isu Mat Yat adalah isu transfer request. KFA berhak terima atau menolak. Isu JDT pergi slow talk alik belakang, adalah isu "survey". Kat mana-mana, di dunia luar sekalipun, "offer" jenis ni berlaku.
Akhyar mesti belajar cara Eki handle. Kenal tak Eki? Yang main Liga Thailand tu. Apa dia cakap kepada mereka yang menawarkan kontrak kepadanya?
"Sila jumpa majikan saya. Bincang dengan mereka. Saya takde masalah."
So itu caranya. Sebab tu pemain Malaysia wajib lantik ejen yang pandai urus perjalanan karier pemain bola sepak. JDT hanya buat unofficial offer dulu. Nak tengok sejauh mana Akhyar berminat atau tak untuk ke JDT. Tapi seharusnya, benda ni takleh dihebohkan. Akhyar atau Ejen beliau akan jadi orang tengah untuk dekatkan kedua pengurusan.
Beginilah. Kalau JDT serius mahukan Mat Yat, JDT pasti akan buat offer secara rasmi kepada KFA. Di Malaysia ni, semua benda nak kecoh. Semua benda nak hentam. JDT bukan sign player lagi pun. Risik merisik tu biasa. Belum hantar rombongan lagi. Lagi bagus, ianya dibuat secara rasmi, JST selaku wakil JDT terus ke KFA runding harga. Cuma dibimbangi Mat Yat tak bersetuju. Habis boreh je. Jadi 'merisik'lah dahulu.
Dan boleh jadi, ejen Mat Yat ni dah bagitahu KFA. Tapi KFA menolak. Bulshit katanya. Maka 'transfer request' ni berlaku. JDT hanya menunggu dan lihat. Apa yang KFA nak buat kepada Mat Yat. Adakah KFA berprinsip dan menolak transfer request ini? Biarkan je Mat Yat termangu dan di'abandon' di dalam skuad sebagai hukuman satu musim, baru dilepaskan? Atau KFA berunding semula dengan tawaran lebih menarik dari JDT.
Atau JDT hanya menerkam bila perlu. Iaitu, KFA kata, takpalah Yat, hang nak pi pi lah. Hang bayaq saja tebus kontrak yang ada. JDT pun salur duit bagi ejen Mat Yat, dan Mat Yat pun bayar. JDT kenyang. Satu, dia hanya bayar tebus kontrak jer. Tiada transfer fee. Ini lah level dan permainan bisnes. Semua ada cara.
Kalau Mat Yat sayangkan KFA, desak JDT jumpa KFA kalau serius mahukannya dan KFA tetapkan transfer fee. Win win situation. Apa-apa pun, good luck lah buat kedua team. Fan korang dah bergaduh komen dah tu. Aku mampu gelak jer.
Aku kata, korang bergaduh pun, tak menjamin kemenangan pun Malaysia di atas Myanmar Sabtu ini.
Sayang Liga M.
Ulasan
Catat Ulasan