- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Telah berlangsung majlis pengundian AFC Champions League peringkat kumpulan petang ini tadi. JDT diundi berada dalam Kumpulan E bersama tiga pasukan lain dari Zon Timur Asia.
Menjadi tanda tanya pasukan manakah yang akan bersama JDT dalam Kumpulan E nanti dalam saingan Liga Juara-Juara AFC 2019. Hanya JDT saahaja yang sudah dapat ditentukan sehingga hari pengundian petang ini.
Melalui undian, JDT akan bersama kelab ketiga Korea, pemenang play-off 2 dan pemenang play-off 4. Mari kita lihat pasukan-pasukan yang mungkin itu.
Kelab Ketiga Korea :
Kelab ketiga Korea bermakna kelab yang menduduki tangga kedua Liga Korea. Sehingga hari ini, perebutan tempat itu adalah antara Gyeongnam dan Ulsan Hyundai. Gyeongnak (61 mata) dan Ulsan Hyundai (60 mata) mempunyai baki 2 perlawanan lagi iaitu pada 25 November dan terakhir pada 02 Disember ini.
Namun jika Ulsan Hyundai berjaya mendapat tempat kedua liga dan pada 05 Disember nanti Ulsan Hyundai menjuarai Piala Korea, maka Ulsan Hyundai akan mengisi slot kelab kedua Korea dan kelab ketiga Korea pula diambil oleh Gyeongnam.
Pemenang Play-Off 2 :
Satu lagi pasukan adalah dari pemenang play-off 2. Dalam play-off 2 nanti kelab China ke-4 akan bertemu pemenang antara Bangkok United dan Hanoi FC. Dijangkakan kelab keempat China itu tiada masalah memenangi slot ini.
1.2 - Hanoi FC (Bye)
2.2 - Bangkok Utd vs Hanoi FC
Play-off 2 - China 4 vs (pemenang 2.2
Kelab ke-4 China adalah merupakan kelab yang menduduki tangga ke 3 Liga Super China. Liga mereka telah selesai dan tempat ketiga liga mereka adalah Shandong Luneng.
Namun Shandong Luneng terlibat dalam perlawanan akhir Piala FA China melawan Beijing Guan pada 25 dan 30 Disember ini. Sekiranya Shandong Luneng tewas maka Shandong Luneng akan mengisi slot kelab ke-4 China. Namun sekiranya mereka menjadi juara, maka kelab Beijing Guoan akan mengambil slot ke-4 China itu dan akan bersama JDT dalam Kumpulan E.
Pemenang Play-Off 4 :
Perlawanan play-off 4 ini adalah antara kelab ke-4 Jepun dan pemenang antara Newcastle Jets atau ( pemenang Home United dan kelab Indonesia)
1.4 - Home Utd vs Kelab Indonesia
2.4 - Newcastle Jets vs (pemenang 1.4)
Play-off 4 - Jepun 4 vs (pemenang 2.4)
Susunan slot Jepun :
Kelab 1 - Juara JL
Kelab 2 - Juara Piala Maharaja
Kelab 3 - Kedua JL
Kelab 4 - Ketiga JL
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ulasan
Catat Ulasan