ACL 2019 : JDT Sama Kumpulan (E) Dengan Dua Pasukan dari Play-Off Dan Kelab Ketiga Korea

Selepas pengundian Liga Juara-Juara 2019 peringkat kumpulan, JDT berada dalam kumpulan yang sama dengan dua pasukan dari peringkat play-off (PO 2 dan PO 4) . JDT diundi dalam Kumpulan E juga bersama dengan kelab ketiga Korea Selatan.


Jika dibandingkan dengan mekanisme pengundian tahun lepas dan tahun sebelumnya, pengundian tahun ini dilihat ada perubahan namun kedudukan JDT dan Buriram tetap sama iaitu sama ada E atau G.

Kumpulan E hanya menyaksikan JDT sahaja pasukan yang sudah pasti. Tiga lagi pasukan masih belum dapat ditentukan kerana akan melalui baki perlawanan liga mereka atau akan bermain dalam play-off dahulu.

Johor DT berada satu kumpulan dengan kelab ketiga Korea Selatan yang juga merupakan tempat kedua liga Korea. Kelab ketiga Korea itu adalah sama ada Gyeongnam atau pun Ulsan Hyundai. Kedua-dua pasukan ini sekarang ini sedang merebut tempat kedua liga mereka. Gyeongnam (61 mata) dan Ulsan Hyundai (60 mata) akan bermain pada Ahad, 25 November ini.

Bagi baki dua pasukan pemenang play-off itu pula hanya akan dapat ditentukan selewat-lewatnya pada 19 Februari 2019.




Jadi berakhir sudah undian @TheAFCCL 2019.

Johor Darul Takzim diundi dalam Kumpulan E dan jika Perak melepasi pusingan play-off, The Bos Gaurus akan berada dalam Kumpulan H bersama Sydney FC, Kawasaki Frontale dan Shanghai SIPG.

25 people are talking about this

Keputusan penuh undian ACL 2019 (Zon Barat dan Timur Asia) :

Ulasan