5 Pasukan Nafi Dapatkan Khidmat Bekas Pemain JDT, Safiq Rahim

Baru-baru ini Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah membuat pengumuman untuk melepaskan kapten dan pemain tengah mereka iaitu Safiq Rahim. Perkara tersebut dihebahkan menerusi laman media sosial rasmi Harimau Selata, JOHOR Southern Tigers.

Safiq Rahim dibawa masuk oleh kelab berpengkalan di selatan tanah air sekitar tahun 2013 ketika Tunku Mahkota Johor, DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim memulakan projek JDT. Sejak itu, beliau telah merangkul pelbagai kejuaraan dan anugerah peribadi bersama JDT.



Antaranya adalah menjadi juara Liga Super Malaysia lima kali berturut-turut, juara Piala Sumbangsih, juara Piala FA, juara Piala Malaysia dan juga juara Piala AFC 2015. Selain itu, beliau turut meraih anugerah Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai Anugerah Bolasepak Kebangsaan. Dan tidak ketinggalan merangkul anugerah Pemain Paling Bernilai Piala AFC 2015.
[Artikel penuh di : Fox Sports Asia ]

Pemergian Safiq Rahim daripada kem JDT mengundang persoalan kepada peminat bola sepak tentang masa depannya. Memandangkan usianya yang baru sahaja mencecah 31 tahun, beliau masih mampu bermain bola sepak di tahap tinggi selama beberapa tahun lagi. Malah satu balasan komen daripada halaman JST turut mengesahkan beliau akan bermain bersama kelab di luar negara.

Namun, ada beberapa khabar angin bahawa beliau akan ke pasukan sekitar Lembah Klang dan juga utara tanah air. Dan beberapa pasukan atau kelab tampil menafikan mereka sedang memancing bekas pemain JDT terbabit untuk dibawa ke pasukan mereka.

#1 Selangor FA
#2 PKNS FC
#3 Shah Alam Antlers FC
#4 Ampang United FC
#5 Raja Permin FC

Ulasan