JDT menerusi laman media rasmi mereka, Johor Southern Tigers telah memuat naik progres terbaru pembinaan stadium mereka.
Stadium Sultan Ibrahim adalah cetusan TMJ yang mahu memastikan JDT ada stadium sendiri.
Beberapa keping gambar turut dimuat naik. Pada pandangan kami, segalanya nampak berjalan lancar.
Stadium ini dijangka akan siap sepenuhnya pada Januari tahun hadapan.
Namun kemudiannya JDT menyatakan mungkin akan ada sedikit kelewatan sekitar 6 bulan kerana beberapa perubahan pelan.
Dipetik daripada hantaran JST pada 2 Januari 2017 yang lalu
“Stadium ini terletak di Iskandar Puteri ini akan lewat selama enam bulan dari tarikh awal jangkaan siap kerana DYAM Tunku Mahkota Johor membuat sedikit perubahan pada kedudukan stadium tersebut.”
“Baginda mahu pastikan arah sinaran cahaya matahari 90% atau 100% menghala ke padang untuk pertumbuhan rumput yang baik.”
“Beberapa rekaan juga mengalami sedikit perubahan kerana baginda mahukan stadium baru itu nanti menjadi stadium yang terbaik di negara ini.”
“DYAM Tunku Mahota Johor juga mahukan stadium yang dijangka siap pada Januari 2018 ini dilewatkan selama 6 bulan untuk memastikan kontraktor tidak tergesa-gesa mempersiapkannya kerana mahukan hasil yang terbaik untuk stadium baru ini.”
Ini adalah video yang memaparkan pandangan dari atas di tapak pembinaan Stadium Sultan Ibrahim.
Kami yang melihat pun teruja. Satu usaha yang baik daripada TMJ dan JDT. Semoga urusan pembinaan dipermudahkan.
Ulasan
Catat Ulasan