TEWAS, TETAPI IA BELUM BERAKHIR

TEWAS, TETAPI IA BELUM BERAKHIR
Keputusan separuh akhir pertama unifi Piala Malaysia 2018 menyaksikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) tewas di tangan Terengganu FC dengan keputusan 1-0 sekaligus gagal membawa bekalan selesa ke Larkin.
Biarpun tewas tetapi JDT masih belum kalah sepenuhnya. Masih ada baki 90 minit yang perlu ditempuh di gelanggang keramat JDT, Stadium Larkin. Semua maklum akan rekod JDT di Larkin dan bagaimana pula rekod pasukan lawan di laman Harimau Selatan.
Tempoh dua minggu sebelum perlawanan timbal balik harus digunakan oleh pasukan untuk kembali mengemaskan taktikal, menajamkan teknikal dan berlatih dengan lebih keras untuk memastikan JDT memperoleh kemenangan di Larkin dan melangkah ke final untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. Ayuh berjuang hingga wisel penamat. Luaskan Kuasamu Johor.
———
DOWN BUT NOT OUT
The unifi Piala Malaysia 2018 semi-final first leg's result saw Johor Darul Ta'zim FC (JDT) lose to Terengganu FC 1-0 and fail to take an advantage to Larkin.
Despite losing, JDT are not completely out. There is still 90 minutes left to play at JDT's ground, the Larkin Stadium. Everyone is aware of JDT's record at Larkin and how others have fared at the Southern Tigers' home.
A two-week break before the return match will be fully utilised by the team to refine tactics, improve on techniques and train harder to ensure JDT get the win at Larkin thus progressing to the final and defend the Malaysia Cup. Let's fight until the final whistle. Luaskan Kuasamu Johor.

Ulasan