SIAPAKAH PEMAIN JDT YANG AKAN KEKAL DALAM SKUAD 23 PEMAIN CHENG HO ?

Kesemua pemain JDT yang dipanggil oleh jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Ho masih belum ada kepastian lagi sama ada akan berada dalam skuad terakhir 23 pemain atau tidak. 

8 pemain JDT tersebut adalah antara 26 pemain yang sedang jalani latihan sebagai persiapan untuk kejuaraan Piala AFF Suzuki 2018. 

8 pemain JDT :

Farizal Marlias
Aidil Zafuan
Adam Nor Azlin
Azrif Nasrulhaq
Syamer Kutty
Safawi Rasid
Hazwan Bakri
Syafiq Ahmad

Mereka semua mempamerkan prestasi terbaik dari segi fizikal dan taktikal. 

“Itu satu petanda positif tetapi itu yang menyebabkan agak sukar saya untuk memilih kesebelasan terbaik.” kata Tan Cheng Ho.


“Saya rasa apa yang membimbangkan adalah untuk mendapatkan keserasian dan kombinasi yang terbaik kerana ada sesetengah pemain yang tidak selalu bersama pasukan kebangsaan, “ jelas Cheng Hoe.

Senarai akhir 23 pemain akan diumumkan selepas perlawanan persahabatan terakhir menentang Maldives di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 November.

Ulasan