SAFAWI SELAYAKNYA DIGELAR PENYERANG TEMPATAN TERBAIK 2018

Penulis sukan tempatan, Saudara Zuraimi Zukri menceritakan bagaimana sepatutnya Safawi Rasid dinobatkan sebagai penyerang tempatan terbaik 2018. Melalui akaun facebook terbaharu beliau menceritakan melalui data dan prestasi beberapa penyerang tempatan lain.

Ikuti komen seterusnya dari Sdra Zuraimi :



CERITA JDT & 10 PENYERANG, SAFAWI PENYERANG LOKAL TERBAIK 2018.

Pada awal musim JDT ada memuatnaik formasi 4-4-2 berlian melalui halaman rasmi kelab tersebut. Formasi ini ada kaitan dengan kemasukan Diaz dan Figueroa. Ketika dibawah Mario Gomez kedua-dua pemain ini efektif bermain di kawasan tengah berbanding tepi. 4-4-2.

Diaz sekali lagi muncul sebagai penjaring terbaik di liga M, meledak 5 gol dalam 6 perlawanan awal JDT. Figueroa menambah 2 gol dalam 6 perlawanan tersebut.

JDT kelihatan tidak akan mempunyai masalah, tetapi Diaz hilang dari hotel.

Figueroa bermain pada perlawanan ke-7 tanpa Diaz, dan selepas itu dia tidak lagi bermain, diangkat menjadi sebahagian staf JDT.

Jdt bermain 13 perlawan tanpa pengganti Diaz-Figueroa. Kekal kuat dengan mencatat 9 kemenangan dan hanya tewas 2 kali. Tetapi 2 tewas dalam perlawanan amat penting. Tewas kepada Persija dalam penentuan kumpulan Piala AFC dan kepada Pahang, pusingan ke-2 suku akhir di Larkin.

Dalam tempoh tersbut JDT menggunakan 5 penyerang. Safawi, Cabrerra, Syafiq, Hazwan dan Lok.

Jorge Silva diangkat dibawa masuk sebelum perlawanan ke-10 liga super. Mungkin kerana tidak mencapai ekpetasi dia hanya muncul 4 kali berturut-turut sebelum diturunkan ke kelab penyuap, JDT II.

Novillo tidak ditakrifkan sebagai penyerang tetapi pemain tengah menyerang.

Ketika perlawanan ke-4 dan terakhir Silva, Marquez digandingkan bersamanya. Kedua-dua penyerang ini menjaringkan gol ketika menang 2-0 ke atas Perak.

Selepas itu Marquez muncul 17 kali berturut-turut sehinggalah dia cedera mata ketika JDT menang ke atas Pahang 2-0 suku akhir ke-2 Piala Malaysia.

Sepanjang musim, JDT telah menggunakan seramai 10 penyerang dalam keperluan 3 pemain formasinya. Penggiliran, penetapan siap penyerang sisi kiri-kanan, penyerang tengah agak jelas. Maka kurang timbul isu pemain tidak mendapat minit.

Hazwan pemain tempatan paling kerap disenaraikan tidak kira dalam kesebelasan utama atau di bangku simpanan.


Safawi tersenarai dalam senarai pemain sebanyak 76%, 50% daripadanya berada di tengah padang dan bakinya di bangku simanan.

Dengan hanya 50% Safawi berjaya mengumpul 16 jaringan dimana nisbah jaringannya lebih baik dari Hazwan malahan Cabrerra.

Mungkin Safawi layak dinobatkan penyerang terbaik tempatan bagi musim 2018, yang ke-2 mungkin Norhakim Hassan dari Perak. Sekurang-kurangnya Malaysia sudah mempunyai penyerang sisi kanan dan sayap kiri yang baik.

Berikut sedikit gambaran statistik 10 penyerang JDT sepanjang musim 2018 (kecuali perlawanan separuh akhir pertama menentang Terengganu).


Ulasan