SAFAWI RASID MASIH BELUM BERPUAS HATI DENGAN PRESTASI BELIAU SENDIRI.

Safawi mempunyai tahun yang baik tahun ini sebagai penyerang Harimau Malaya dan Johor Darul Ta'zim (JDT). Selain dari membawa pasukan Malaysia Bawah 23 ke peringkat suku akhir dalam saingan Piala AFC Bawah 23 dan Sukan Asia yang lepas, beliau juga berjaya menambah koleksi trofi apabila bersama JDT menjuarai Liga Super Malaysia 5 tahun berturut-turut.

Namun, Safawi masih belum berpuas hati dengan prestasi beliau sendiri.



"Saya masih belum berpuas hati dengan prestasi saya di JDT dan pasukan Malaysia. Piala AFF Suzuki ini peluang bagi saya membuktikan kemampuan saya sekiranya saya disenaraikan nanti." ujar Safawi Rasid ketika dihubungi oleh wartawan goal.com.

"Saya mahu menaikkan profail saya tetapi apa yang lebih penting saya mahu membantu pasukan Harimau Malaya mara ke perlawanan akhir.

"Menang atau kalah adalah nombor dua. Yang penting saya mahu membantu menghasilkan satu keputusan yang baik bagi negara.

Ulasan