Pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) akan bertemu buat kali kedua dalam separuh Akhir Piala Malaysia 2018 pada esok, Sabtu, 20 Oktober 2018 di Stadium Larkin.
JDT mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan malam esok kerana bermain di tempat sendiri, namun TFC juga mempunyai bekalan yang dibawa dari perlawanan pertama 2 minggu lepas walaupun tipis.
Terdapat dua fakta menarik berkenaan kedua-dua pasukan itu menjelang pertemuan malam esok.
1. Johor Darul Ta'zim (JDT) telah memenangi 4 perlawanan terakhir mereka melawan Terengganu FC (TFC) di gelanggang sendiri tanpa sebarang bolos.
20.06.2018 : JDT (2) - (0) TFC : Liga Super
01.08.2017 : JDT (5) - (0) TFC : Piala Malaysia
09.09.2016 : JDT (3) - (0) TFC : Liga Super
23.06.2015 : JDT (2) - (0) TFC : Liga Super
Foto : MFL |
2. Terengganu FC merupakan satu-satunya pasukan dengan rekod kemenangan 100 peratus di tempat lawan unifi Piala Malaysia 2018, menang kesemua perlawanan musim ini.
21.09.2018 : Felda Utd (1) - (2) TFC
25.08.2018 : Felcra (1) - (4) TFC
11.08.2018 : Perak (3) - (4) TFC
04.08.2018 : KL (1) - (5) TFC
3. TFC mempunyai rekod 3 kemenangan 3 perlawanan terakhir berturut-turut.
4. JDT mempunyai rekod 10 perlawanan menang berturut-turut dari 02 Jun hingga 28 Julai 2018 musim ini (hampir 2 bulan).
5. TFC mempunyai rekod 3 perlawanan menang berturut-turut sebanyak 3 kali musim ini.
Ulasan
Catat Ulasan