RAMAI LAGI PEMAIN IMPORT AKAN DIAMBIL OLEH JDT SEBAGAI PERSEDIAAN LIGA JUARA-JUARA AFC 2019

RAMAI LAGI PEMAIN IMPORT AKAN DIAMBIL OLEH JDT SEBAGAI PERSEDIAAN LIGA JUARA-JUARA AFC 2019

Perlawanan terakhir JDT musim ini baharu sahaja tamat pada 20 Oktober lepas dan musim 2019 belum lagi bermula, namun pengurusan Kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah pun mengorak langkah lebih awal untuk menghadapi musim hadapan, 2019.

Musim 2019 akan lebih mencabar berbanding dengan musim-musim sebelum ini kerana JDT akan bersaing dalam Liga Juara-Juara AFC 2019 (ACL) bersama kelab-kelab terkuat dan ternama di rantau Asia. Tahun 2019 merupakan tahun pertama JDT bersaing di peringkat kumpulan ACL 2019, sudah tentu JDT akan bermain dan menunjukkan kemampuan bukan sekadar melengkapkan penyertaan sahaja.

Sebagai persediaan awal, awal hari ini JDT telah mengumumkan kemasukan Mauricio dos Santos Nascimento yang berasal dari Brazil.

Kini, mengikut pengumuman Luciano Figueroa selaku Pengurus dan Ketua Jurulatih JDT, akan ada lagi kemasukan baharu selepas ini.

"Kami akan menandatangani lebih ramai lagi pemain luar negara yang mempunyai pengalaman bermain dalam Liga Juara-Juara Eropah untuk musim 2019 kerana Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) perlu mempertingkatkan skuad dengan pemain-pemain yang kualitinya berada pada tahap berbeza untuk saingan Liga Juara-Juara AFC." kata Luciano Figueroa

 

Luar musim (off season) JDT kali ini dijangka satu persiapan yang sibuk dan padat kerana persiapan yang perlu rapi dan padat lebih-lebih lagi jadual ACL 2019 tinggal hanya kira-kira 4 bulan sahaja.

Berkemungkinan pemain akan berehat panjang selepas ini sebelum mereka akan dipanggil semula lebih awal tidak seperti musim-musim lepas.

Ulasan