KUALA LUMPUR: Pusat latihan setaraf kelab juara Eropah, Real Madrid menjadi projek seterusnya akan dilaksanakan Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Perkara itu disuarakan Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi kelab, JOHOR Southern Tigers hari ini.
“Ini adalah pusat latihan Real Madrid. Ini projek saya yang seterusnya dan akan dibina di Johor untuk JDT bersebelahan stadium baharu,” kata TMJ yang dimuat naik bersama gambar pusat latihan di Real Madrid.
“Ia akan dilengkapi kemudahan hidroterapi, adaptasi perubahan iklim, gimnasium dan fasiliti latihan yang lain.
“Semua pasukan JDT akan berada di satu lokasi, dari skuad akademi hingga ke skuad senior.”
Sekiranya menjadi kenyataan, ia bakal menjadi satu lagi langkah perkembangan yang lebih baik buat JDT.
Malah, skuad Harimau Selatan ketika ini sudah dianggap sebagai kelab memiliki fasiliti terbaik dalam kalangan pasukan Liga Malaysia.
Ulasan
Catat Ulasan