Penguasaan JDT (74%) Belum Dapat Menghasilkan Gol Lagi Di Separuh Masa Pertama.

JDT memulakan perlawanan dengan membuat serangan seawal minit ke-2 melalui lipatan gunting oleh Aidil namun tersasar. Keseluruhan perlawanan banyak dikuasai oleh JDT dalam separuh masa pertama perlawanan. 


Diminit ke-6, kesilapan Natxo di bahagian pertahanan JDT hampir-hampir dihukum oleh Terengganu FC apabila bola dilorongkan oleh Kipre gagal di manfaatkan oleh Lee Tuck . 

Percubaan demi percubaan dilakukan oleh JDT sama ada dapat dipatahkan oleh TFC atau tersasar sehingga diminit ke-37, Cabrera mempunyai peluang terbaik apabila percubaan beliau dari luar kotak penalti terkena tiang setelah penjaga gol TFC, Suffian Rahman sudah tertewas.


JDT menurunkan barisan terkuat mereka dalam memburu kemenangan atau mencari jaringan gol di tempat lawan. JDT menguasai hampir 75% permainan dengan membuat 4 percubaan on-target dan 8 cubaan tersasar berbanding dengan TFC. 

Kedudukan kekal 0-0 sehingga tamat perlawanan separuh masa pertama.

HT : TFC (0) - (0) JDT

Ulasan