OBJEKTIF, MATLAMAT DAN WAWASAN - TIGA ELEMEN PENTING DALAM KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM

OBJEKTIF, MATLAMAT DAN WAWASAN - TIGA ELEMEN PENTING DALAM KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA'ZIM
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya keluar dari kelompok pasukan retrogresif Malaysia. Ianya berjaya kerana wujudnya objektif, matlamat dan wawasan yang luar biasa. Tiga elemen ini telah menjadi tulang rangka dalam membawa kejayaan yang berterusan bagi JDT.
1- OBJEKTIF (TUJUAN)
Objektif ini perkara pertama perlu ada bagi setiap individu yang ingin berjaya. Objektif membuatkan kita tahu dan faham apa tujuan dalam perjalanan. Individu-individu yang bekerjasama dengan DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor adalah seseorang yang bersifat factual (bersedia memberikan pendapat yang ilmiah agar kebenaran dapat ditegakkan).
Berulang kali telah dinyatakan, kewujudan JDT bukan sekadar kelab bola sepak. Objektif membersihkan JDT dari sebarang anasir dan parasit adalah empiris (eksperimen) yang berjaya menjadi titik tolak utama kejayaan singkat JDT.
2- MATLAMAT (SASARAN DAN SESUATU YANG HENDAK DICAPAI)
JDT berjaya membuktikan segala matlamat telah dicapai mengikut tempoh sasaran. JDT berjaya mencapai matlamat menjadi sebuah organisasi yang tersusun, berjaya mencapai matlamat menjadi kelab yang mempunyai stadium, fasiliti dan infrastruktur terbaik di tanah air, Asia dan juga dunia.
JDT berjaya mencapai matlamat menjadi kelab impian setiap pemain tanah air, berjaya mencapai matlamat menstabilkan pendapatan pemain setanding prestasi, berjaya mencapai matlamat menjadi kuasa bola sepak tanah air serta Asia Tenggara. Terkini, JDT dalam proses progresif dalam mencapai matlamat menjadi kuasa bola sepak Asia.
3- WAWASAN ( PANDANGAN JAUH DAN PERKEMBANGAN MASA DEPAN)
Wawasan menjadikan JDT sebuah kelab yang berpandangan jauh. Elemen paling penting ini sememangnya kuat ada di dalam diri DYAM Tunku Mahkota Johor. Baginda sentiasa memandang jauh serta melihat apa yang perlu dicapai dalam fasa-fasa mengikut tahun.
Pencapaian yang diraih sejak 5 tahun kewujudan telah berjaya dicapai dengan jayanya, dan kini JDT mengorak langkah merangka wawasan 10 tahun akan datang. Wawasan mestilah sesuatu yang bersifat realistik dan bukan sekadar imaginasi kosong yang tidak mendatangkan apa-apa faedah dan kelebihan.
Akhir kata, sedang mereka sebak mengenang sejarah, JDT pula rancak mencetak sejarah. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan