MEMORABILIA MERAH BIRU

MEMORABILIA MERAH BIRU
Dua puluh haribulan, hari itu hari terakhir Harimau Selatan beraksi, sebelum berehat dan mula untuk berhibernasi.
Malam itu, Stadium Larkin umpama gunung berapi Tambora, hangat bahang terasa kerana semangat penyokong amat membara. Ketika itu nampak padat setiap sudut dan ruang, betapa dua puluh satu ribu satu ratus lima puluh mengiringi sebelas orang pejuang.
Kegagalan mempertahankan Piala Malaysia menjadi penutup cerita, namun itu bukan bermakna kita rebah hingga menderita. Dengan lapang hati kita mengundurkan diri, lantas pascanilai segala kelemahan sendiri.
"Kira detik operasional"
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor seperti biasa tidak menghiraukan segala kekalahan, lalu dengan segera Tunku bangkit memandang kehadapan, musim dua ribu sembilan belas telah mula dalam perancangan, maka keesokkan harinya abstrak baru telah sedia Tunku corakkan.
Dengan yakin Tunku menyatakan hipotetikal, penambahbaikan JDT seharusnya radikal , diagnosis dan transformasi pasukan secara total, supaya JDT tidak terkurung dalam sempitnya kubikel, bila bertemu kelab-kelab hebat dalam kancah ACL.
Bagai Bugatti Chiron JDT laju menerjah, pantang patah ditengah, transmisi tujuh dipacu tanpa berlengah, sedang satu Malaya masih meraikan kita disingkirkan, JDT telah Tunku siapkan dan hampir sempurna mengharungi kokurensi musim hadapan.
"Manifestasi sekali merah biru, selamanya tetap merah biru"
Andai ada pemain yang bakal meninggalkan merah biru, semoga sentiasa berjaya dengan pasukan baharu, walaupun tidak menyarung jersi Harimau Selatan, segala kenangan jangan sesekali dilupakan.
Tidak lupa juga kepada pemain import yang telah dilepaskan, jutaan terima kasih kami semua kalungkan, segala jasa dan keringat akan tetap dalam ingatan, semoga tanah Jauhar jangan biar pudar dalam ingatan.
Sebagai penyokong pula sokongan kita perlu integral, langkah yang diatur haruslah sentiasa kolateral, hubungan kekeluargaan ini kita konsolidasi, jangan biarkan ia dicuit kontaminasi.
Akhir kalam,
Kecewa? Kita semua berhak untuk luahkan rasa kecewa, tetapi jangan sesekali ianya merosakkan jiwa.
Jangan melihat masa lalu dengan penyesalan, jangan melihat hari ini dengan kesedihan, jangan pula melihat masa depan dengan ketakutan, tapi lihatlah sekeliling dengan penuh kebanggaan.
"Sentiasa memberi tumpuan kepada perkara yang positif dan mengabaikan perkara yang negatif. Sentiasa ingat dalam kehidupan, ia tidak akan sentiasa hujan selama-lamanya. Dalam setiap malam yang gelap akan muncul hari yang terang, jadi terus pandang ke hadapan dan sentiasa senyum Keluarga JDT ku sayang"- DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan