Luciano Figueroa sememangnya sudah tidak asing lagi buat penyokong JDT. Beliau mulai menyertai JDT pada tahun 2014. Tahun pertama Figueroa bersama JDT sudah berjaya menghasilkan sebanyak 22 gol. Sejak bersama JDT sehingga ke hari ini, beliau telah menyumbang tenaga selaku pemain, pengurus serta ketua jurulatih. Semuanya mempunyai perbezaannya masing-masing.
Luciano Figueroa menjadi antara 3 penjaring terbanyak sejak 2013 dengan jumlah jaringan sebanyak 43 gol, di belakang Pereyra Diaz dan Safiq Rahim.
Grafik : JOHOR Southern Tigers |
Ini diakui sendiri oleh Figueroa melalui entri terbaharu semalam di laman rasmi Johor Southern Tigers.
"Perbezaan terbesar ialah saya tidak lagi bermain. Sekarang, saya perlu merancang latihan, melihat bagaimana permainan pasukan lain, membuat keputusan bagaimana pasukan kami akan bermain dan merapatkan lagi hubungan bersama para pemain dengan lebih mengambil berat tentang mereka.
"Terdapat lebih tekanan pada hari perlawanan berbanding menjadi seorang pemain kerana sebagai pemain, apa yang anda fikir adalah apa yang anda perlu lakukan di dalam padang. Tetapi sebagai pengurus, anda tidak akan berhenti berfikir dan perlu menjelaskan kepada pemain apa anda mahu mereka lakukan dalam perlawanan. Kadang-kadang mereka menerimanya dengan baik, kadangkala perkara berlaku sebaliknya." kata Luciano Figueroa.
Ulasan
Catat Ulasan