Baru-baru ini Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mengucapkan terima kasih kepada penyokong kerana berjaya mencipta sejarah menjadi kelab bola sepak pertama di Malaysia yang mempunyai 2 juta ‘Likes’ di Facebook.
Malah, JDT juga berada di kelompok lima teratas kelab di Asia Tenggara yang mempunyai pengikut teramai di Facebook. FOX Sports ingin membawakan kepada anda latar belakang lima kelab tersebut.
Lima kelab mengikut ranking adalah :
#1 Persib Bandung (9.7 juta)
#2 Muangthong United (2.2 juta)
#3 Johor Darul Ta’zim (2 juta)
#4 Buriram United (1.5 juta)
#5 Chonburi FC (1.08 juta)
Foto : JOHOR Southern Tigers
#3 Johor Darul Ta’zim (2 juta)
Setelah penjenamaan semula oleh DYAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Johor Darul Ta’zim telah mencipta pelbagai sejarah baharu dalam bola sepak Malaysia dan juga serantau. Ini termasuk muncul sebagai juara pelbagai pertandingan seperti memenangi lima kejuaraan berturut-turut Liga Super Malaysia, tiga Piala Sumbangsih, Piala FA 2016, Piala Malaysia 2017 dan Piala AFC 2015 yang paling bermakna
Bermain di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dan sedang menyiapkan sebuah stadium bola sepak moden di Johor Bahru dengan nama Stadium Sultan Ibrahim. Musim hadapan menyaksikan Harimau Selatan bakal membuat penampilan pertama dalam kejohanan paling berprestij di Asia iaitu AFC Champions League.
Ulasan
Catat Ulasan