KINI HARIS HARUN PULA JALANI LATIHAN DI OSAKA BERSAMA SKUAD SINGAPURA.

Selepas memimpin dan membawa pasukn JDT menjuarai Liga Super 2018, kini Hariss Harun bersama skuad kebangsaan Singapura dalam latihan pusat mereka di Osaka, Jepun.


Hariss, 27 tahun dan kapten JDT sekarang ini menumpu sepenuh perhatian kepada Piala AFF Suzuki yang akan bermula pada 08 November hadapan.



Selain dari Hariss Harun, beberapa pemain JDT lain turut dipanggil berlatih dengan skuad Harimau Malaya. Bagimana pun kedua-duanya berada dalam kumpulan berlainan.


Berikut jadual Piala AFF Kumpulan A :

08.11.2018 - Malaysia vs Kemboja
12.11.2018 - Malysia vs Laos
16.11.2018 - Malysia vs Vietnam
24.11.2018 - Malaysia vs Myanmar



Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A, akan membuka tirai saingan menentang Kemboja di Phnom Penh pada 8 Nov; diikuti aksi menentang Laos di Stadium Nasional (12 Nov); Vietnam di Hanoi (16 Nov) sebelum menamatkan saingan peringkat kumpulan menentang Myanmar di Stadium Nasional (24 Nov).

Ulasan