KETERBUKAAN DALAM PERUBAHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

KETERBUKAAN DALAM PERUBAHAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan sentiasa menerima keterbukaan dalam perubahan. Tanpa sebarang perubahan, JDT hanya selesa statik di tampuk yang sama.
1. PERUBAHAN KE ARAH YANG LEBIH BAIK
Perubahan umpama satu eksperimentasi. Sifat berani untuk berubah memang kuat dalam jiwa DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Baginda sentiasa memberikan motivasi kepada seluruh Keluarga JDT supaya berani menerima perubahan kerana perubahan akan menghasilkan kematangan. Kematangan pula akan membuat manusia sentiasa bersyukur atas apa yang dikecapi.
Bagi mencapai perubahan yang progresif, Tunku juga tidak jemu untuk belajar kerana Tunku sedar bahawa kehidupan tidak pernah berhenti memberi pelajaran.
Maka setiap masa yang terluang, akan diisi dengan menimba ilmu bersama pengurusan kelab-kelab yang berjaya di serata dunia. Ia sebagai bekalan yang bakal dibawa pulang untuk diadaptasi bersama JDT.
2. PERUBAHAN MEMBUATKAN ORGANISASI JDT LEBIH BERPRINSIP
Dengan sifat berani untuk berubah, DYAM Tunku Mahkota Johor menjadikan organisasi JDT dihuni dengan individu yang berpegang pada prinsip. Prinsip adalah suatu pernyataan fundamental atau kebenaran untuk dijadikan pegangan hidup.
Dengan adanya prinsip, JDT sentiasa dikelilingi oleh individu-individu yang efisien dan berkarisma dalam menjalankan tanggungjawab. Dengan prinsip juga membuatkan JDT lebih bersedia mencetak lebih banyak kejayaan dan sejarah-sejarah baru.
3. PERUBAHAN UNTUK MENCAPAI IMPIAN
DYAM Tunku Mahkota Johor juga sentiasa percaya bahawa setiap impian pasti ada jalan untuk menjadi kenyataan. Maka dengan itu, baginda telah menanamkan sifat keyakinan dan kepercayaan diri dalam organisasi ini.
Dengan jati diri yang terbina, setiap kegagalan yang terjadi tidak dijadikan sebab untuk mengalah, malah dengan kegagalan memberi kesedaran dimana terletaknya kelemahan lantas segera diperbaiki supaya tidak berulang.
Akhir kata, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) sentiasa membuka pintu dan menyokong setiap usaha pasukan-pasukan di tanah air yang berhasrat untuk melakukan perubahan demi kemajuan bola sepak negara.
“Saat anda berhenti berubah, saat itu jugalah hidup anda berakhir”
Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan