KESTABILAN KEWANGAN DAN BEBAS UNSUR POLITIK MAJUKAN JDT
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh mendabik dada mengatakan bahawa inilah satu-satunya kelab yang bebas dari unsur politik sekaligus menjadikannya kelab paling stabil di Malaysia.
Umum mengetahui bahawa di Malaysia, bola sepak dan politik tidak dapat dipisahkan. Ahli politik menjadikan bola sepak sebagai medan meraih populariti dengan menjanjikan pelbagai insentif untuk memancing undi.
Kebanyakan persatuan bola sepak (FA) negeri diterajui oleh Menteri Besar negeri itu sendiri. Apabila berlaku perubahan pucuk pimpinan kerajaan, maka berlakulah huru-hara di dalam pasukan kerana tiada siapa yang mahu bertanggungjawab terhadap janji lama.
Unsur politik ini juga menyebabkan banyak pasukan terbeban akan hutang dan ada yang lebih parah terpaksa gulung tikar. Ini disebabkan perbelanjaan yang tidak terurus dan juga salah guna dana rakyat yang dilihat menghantui liga tempatan.
Berbeza dengan JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menjadikan bola sepak sebagai perniagaan. Beliau yang juga pemilik kelab mempunyai kuasa penuh terhadap pasukan dan tiada orang politik yang dibenarkan campur tangan baik dari pengurusan hingga kewangan.
Segala dana diraih menerusi penajaan korporat dan tidak mengharapkan dana kerajaan tempatan. Kerana baginda percaya dana kerajaan harus disalurkan kepada kesejahteraan rakyat seperti membangunkan sekolah serta hospital dan bukannya pada bola sepak.
Atas faktor inilah JDT dilihat stabil dari sudut kewangan dan pencapaian. 11 piala dalam tempoh 5 tahun bukanlah kerja mudah dan melibatkan angka kewangan yang besar. Namun negeri Johor tetap maju kerana dana bola sepak datang dari penajaan korporat.
JDT juga boleh bertahan untuk tempoh yang lama dengan dana penajaan korporat ini. Ini kerana, DYAM Tunku Mahkota Johor mempunyai pelan jangka panjang dan bukan hanya memfokus kepada kejayaan jangka pendek. Kelangsungan kelab dititikberatkan dan kebajikan pemain tidak diabaikan.
Banyak kelab dan FA cuba meniru angka perbelanjaan JDT, namun mereka tidak mempunyai pelan jangka panjang untuk kelangsungan pasukan. Semua hanya tertumpu kepada kejayaan segera kerana ego dan dengki kepada JDT.
Suka atau tidak inilah hakikatnya, bola sepak moden adalah perniagaan. Bukan semua orang mampu menguruskan kelab bola sepak dengan baik. Jauhkan politik dari sukan kerana ia akan menjadikan sukan itu huru-hara.
Belajar dari JDT atau dari kelab-kelab di Thailand. Penajaan korporat adalah kunci kepada kelangsungan kelab dan sebagai balasan, pastikan penaja gembira dengan pulangan yang berbaloi dan stadium yang dipenuhi penyokong setiap perlawanan. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan