KEPENTINGAN KEWUJUDAN JABATAN SAINS SUKAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM

KEPENTINGAN KEWUJUDAN JABATAN SAINS SUKAN KELAB BOLASEPAK JOHOR DARUL TA’ZIM
Sains Sukan adalah aplikatif berkenaan ilmu pengetahuan sains, prinsip dan pandangan. Sesuatu perkara yang saling berkaitan antara satu sama lain. Dengan aplikatif tersebut, ianya dapat membantu meningkatkan lagi prestasi seseorang pemain secara impresif.
1. ILMU PENGETAHUAN SAINS
Memberi pemahaman penting kepada setiap pemain tentang kinesiologi, biomekanik, anatomi dan fisiologi, yang mana ia akan mempengaruhi dalam mempertingkatkan prestasi pemain. Dengan adanya pengetahuan ini, ianya dapat membantu pemain dalam memahami tindak balas badan manusia seperti organ, sistem saraf, sistem otot, dan tenaga dalam badan dalam melakukan sesuatu gerakan ketika latihan atau perlawanan sebenar.
2. PRINSIP SOSIOLOGI DAN PSIKOLOGI
Prinsip sosiologi dan psikologi amat penting untuk diaplikasikan kepada pemain dalam memantapkan ketahanan mental dan fizikal juga tidak lupa pemakanan. Dengan adanya kefahaman tentang prinsip sosiologi, pemain akan mengamalkan cara pemakanan dan kehidupan harian yang sihat.
Dengan adanya kefahaman tentang prinsip psikologi pula, pemain akan sentiasa berada dalam kitaran emosi yang positif dan sentiasa optimis selain dapat mengawal rasa marah, frustasi dan tekanan.
Selain itu Jabatan Sains Sukan juga akan di tugaskan untuk mencari kaedah-kaedah saintifik dalam membantu pasukan melalui perkembangan-perkembangan yang berkaitan. Perkara ini bukan sahaja di fokuskan kepada pemain sahaja, malah turut melibatkan jurulatih.
3. MEMBERI PANDANGAN
Dengan adanya sains sukan, ia dapat memberi idea kepada pihak pengurusan melalui aplikatif ilmu daripada sains sukan dalam meningkatkan kecergasan. Antaranya ialah teknik yang betul semasa latihan supaya tidak mencederakan anggota badan dan lain-lain lagi berkenaan dengan teori hasil dari kajian jabatan ini. Dengan adanya pengetahuan berikut, beberapa risiko yang boleh menganggu gugat konsistensi pasukan dapat dikurangkan.
Akhir kata, mungkin tidak ramai yang mengetahui akan kelebihan tentang Sains Sukan ini. Bagi negara-negara kuasa bola sepak dunia, ilmu hasil dari sains sukan ini telah dipraktikkan sekian lama malah menjadi rutin dan amalan dalam kehidupan seharian.
Kesedaran tinggi mereka tentang kejayaan dalam bola sepak bukan hanya bergantung kepada kemahiran tetapi juga perlu seiring dengan pengetahuan luas dalam ilmu sains sukan. Atas kesedaran itu, maka Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memperuntukkan RM1.4 juta untuk meningkatkan Jabatan Sains Sukan bermula musim depan.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah menyatakan bahawa ia merangkumi peruntukan bagi kawalan nutrisi pemain, aspek psikologi dari segi mental dan fizikal yang terdiri daripada kaedah latihan dan peralatan baharu. Sasaran kelompok yang menerima pendedahan ini adalah pemain berumur dari 12 tahun hingga skuad utama. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan