Kenali Mauricio Pertahanan JDT, Bekas Pemain Lazio Dan Juara Liga Rusia

Mauricio pertahanan JDT yang baru dibawa masuk. JST mengumumkan pemain itu bagi menguatkan barisan pertahanan mereka untuk menghadapi kempen ACL pada musim hadapan.
Maurício dos Santos Nascimento lahir di Sao Paulo Brazil pada 20 September 1988.
JDT dalam kenyataan mereka berkata:
“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan berbesar hati ingin mengumumkan ketibaan pemain pertahanan Brazil, Mauricio dos Santos Nascimento.”
“Bekas pemain pertahanan Lazio, Spartak Moscow dan Sporting Lisbon ini akan menjadi sebahagian daripada skuad Harimau Selatan 2019 yang akan menjadi pasukan pertama dari Malaysia yang akan bermain di Liga Juara-Juara AFC.”
“Selamat datang, Mauricio!”




View image on Twitter

JDT are pleased to announce the signing of Brazilian defender Mauricio dos Santos Nascimento. The former Lazio, Spartak Moscow & Sporting Lisbon defender joins JDT's 2019 squad that becomes the first Malaysian side to play in the AFC Champions League.

Welcome, Mauricio!
Karier awal
Beliau merupakan graduan daripada akademi Palmeiras, salah satu kelab elit di Brazil. Pada 2007 beliau membuat debut profesional di Serie B ketika dipinjamkan ke Regatas.
Dan pada musim 2008, beliau kambali ke Palmeira dan membuat penampilan di Serie A Brazil.
Namun begitu, beliau terpaksa disisihkan oleh kelab selepas bergaduh dengan rakan sepasukannya, Obina pada 18 November 2009 ketika menentang Gremio. Obina turut disisihkan daripada pasukan utama.
Beliau dipinjamkan ke beberapa kelab termasuk Grêmio, Associação Portuguesa de Desportos, Esporte Clube Vitória dan Joinville Esporte Clube sebelum dilepaskan pada 2012.
Ke Eropah
Dan musim 2013 beliau menyertai pasukan gergasi Portugal Sporting Lisbon dengan kontrak 5 tahun. Musim 2013/14 Mauricio bermain 28 perlawanan untuk pasukannya. Dia adalah pemain utama.
2 tahun bersama Sporting Lisbon beliau menarik perhatian kelab Itali, Lazio dan berhijrah ke sana pada 2015 dengan bayaran €2.65 juta.
Pada musim 2015/16 beliau mencatakan purata 1.8 bentesan per perlawanan, 3.5 pintasan per perlawanan dan 4.4 clearances per perlawanan. Itu adalah statistik yang sangat tinggi.


Tetapi sayangnya ia tak cukup untuk menjadikanya pemain utama dan hanya bermain 1 musim penuh di Lazio. Pada 2016/17 beliau dipinjamkan ke Spartak Moscow dan membantu kelab itu menjuarai Liga Rusia.


Pada separuh kedua musim 2017/18 pula beliau dipinjamkan lagi ke Legia Warsaw di Poland.
Namun sayangnya pernjanjian tetap dengan Warsaw tak dapat dipenuhi kerana kelab itu tak mampu menuruti permintaan gaji beliau selepas hanya beraksi 111 minit.
Beliau ada kualiti dan menjadi antara pemain kegemaran penyokong ketika di Lazio dan juga Warsaw tetapi sayangnya beliau kerap kali tidak diberikan lebih banyak minit perlawanan. Di Warsaw beliau hanya bermain 111 minit.

Ketika di Lazio beliau berhadapan dengan persaingan yang kuat kerana pasukan itu ada pemain seperti De Vrij.

 Pada musim ini setakat ini beliau hanya bermain 4 minit sahaja dan dia memutuskan untuk minta dilepaskan Lazio. Mauricio awalnya memberikan bayangan mahu kembali semula ke Brazil. Kelab setuju melepaskan beliau.
Mauricio kini menjadi pemain pertahanan JDT yang baharu. Pemain yang ketika ini memiliki:
Taça de Portugal: 2014–15
Russian Premier League: 2016–17
Ekstraklasa: 2017–18
Polish Cup: 2017–18
Selamat datang ke kancah Liga Malaysia, Mauricio.

Ulasan