JDT Mengatasi TFC Dari Berbagai Segi Kecuali Jaringan Pada Separuh Akhir Pertama

TFC berjaya menundukkan JDT dengan jaringan 1-0 dalam separuh akhir pertama Piala Malaysia 2018 yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 06 Oktober 2018.



Dalam perlawanan itu JDT banyak mengatasi TFC dari berbagai segi kecuali jaringan yang memihak kepada TFC. Kemenangan dan jaringan 1 gol itu dapat memberi sedikit bekalan buat TFC ke Larkin dalam perlawanan kedua nanti pada 20 Oktober 2018. 90 minit di Larkin akan menentukan pasukan mana yang akan mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2018.

Melalui statistik perlawanan pertama, JDT menguasai 70 peratus permainan berbanding 30 % pada TFC. Begitu juga dari segi jumlah percubaan di mana JDT berjaya membuat sejumlah 17 percubaan (11 tersasar, 6 tepat). Jumlah sepakan penjuru yang diperoleh JDT sebanyak 11 berbanding TFC hanya 2 sahaja memperlihatkan bagaimana JDT banyak menyerang dan melakukan percubaan.


Namun hasil jaringan yang menentukan keputusan malam itu. 1 gol TFC sudah cukup memberikan mereka bekalan pada perlawanan kedua nanti.

Berikut adalah statistik perlawanan separuh akhir pertama di Kuala Terengganu sebelum ini.



Hanya dua hari sahaja lagi perlawanan JDT menentang TFC di Stadium Larkin akan tiba. Sekiranya JDT mengekalkan rentak ditambah pula ketajaman bahagian serangan serta 'nasib' menyebelahi JDT, tidak mustahil JDt akan memperoleh kemenangan dan seterusnya mara ke perlawanan akhir nanti.

Ulasan