FAKTA MENARIK | SEJARAH JOHOR | KESULTANAN JOHOR PERMATA HATI SEGENAP RAKYAT - BAHAGIAN SATU
Keluarga Diraja Johor sejak lebih dari 130 tahun amat memegang teguh Institusi Diraja yang memayungi rakyat, sedar dan sentiasa prihatin akan nasib sekalian rakyat Johor. Keluhuran dan keikhlasan amat jelas dan menjadi ingatan serta sebab mengapa rakyat begitu kasih kepada Keluarga Diraja Johor.
Selain padat dengan tugas mengetuai kerajaan negeri, kebajikan rakyat sering mendapat tempat yang istimewa di hati Kesultanan Johor sejak dahulu lagi. Pada tahun 1899, Sultan Sir Ibrahim telah menitahkan segala pendapatannya sebagai Sultan dari Kerajaan Johor disumbangkan sepenuhnya untuk tujuan kebajikan rakyat.
Sejak itu, Sultan Johor yang berikutnya hingga ke hari ini berhasrat meneruskan tradisi serta usaha murni sedemikian. Sultan Iskandar turut menyelaraskan pendapatan baginda sebagai Sultan untuk disalurkan kepada satu tabung yang dikenali sebagai Yayasan Sultan Iskandar.
Baginda mahu ianya disalurkan kepada rakyat miskin, malah turut digunakan bagi membiayai pelajaran, bantuan bencana alam serta projek literasi komputer. Malah, elaun bulanan baginda sewaktu menjadi Yang di-Pertuan Agong pada tahun 1984-1989 juga disalurkan kesemuanya ke yayasan tersebut. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR SULTANATE THE JEWEL OF PEOPLE'S HEARTS - PART ONE
The Johor Royal Family for more than 130 years has always held firm to the Royal Institution of caring for the people, being aware and always concerned for the fates of the Johor people. The sincerity and genuineness are clear and serve as a reminder and a reason why the people love the Johor Royal Family.
Despite being busy with the duty of leading the state government, the people's welfare has always had a special place in the Johor Sultanate's heart for a long time. In 1899, Sultan Sir Ibrahim decreed all of His Majesty's allowances as the Sultan from the Johor government to be contributed fully for the sake of the people's welfare.
Since then, subsequent Johor Sultans to this day have aimed to continue the honourable tradition and effort. Sultan Iskandar also set His Majesty's allowances as the Sultan to be channeled into a trust fund known as Yayasan Sultan Iskandar.
His Majesty wanted it to be used for poor people and also for sponsoring studies, disaster relief and computer literacy projects. Also, His Majesty's allowances as Yang Di-Pertuan Agong between 1984-1989 were contributed fully to the foundation. Allah Peliharakan Sultan.
Johor Mesti Sentiasa Jadi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan