INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR STATE ANTHEM - PART TWO

FAKTA MENARIK | SEJARAH NEGERI JOHOR | LAGU BANGSA JOHOR - BAHAGIAN DUA
Lagu Bangsa Johor adalah lagu kebesaran negeri Johor Darul Ta’zim. Setelah diadun, disusun dan diperkemaskan kesesuaiannya sebagai lagu rasmi negeri, ia diperdengarkan dan diakui sesuai untuk dijadikan lagu rasmi oleh Setiausaha Kerajaan Johor, Dato’ Mohamed Mahbob dan penasihat am kerajaan Tuan D.G Campbell.
Lazimnya pada hari meraikan hari keputeraan Sultan Johor sejak pemerintahan Sultan Sir Abu Bakar, setelah selesai majlis bacaan doa selamat di Dewan Negeri, lagu negeri Johor “Selamat Sultan” dimainkan apabila selesai tembakan meriam “Royal Salute” dari atas Bukit Askar (kini dikenali Bukit Timbalan).
Pada tahun 1920an, Sultan Sir Ibrahim mahu agar lagu rasmi negeri Johor dinamakan sebagai lagu Bangsa Johor dan dimainkan di dalam setiap istiadat atau majlis rasmi sejurus keberangkatan tiba Sultan Johor. Perkara ini menjadi resam kebiasaan hingga kini dan kebanggaan rakyat negeri Johor. Allah Peliharakan Sultan.
———
INTERESTING FACTS | HISTORY OF JOHOR | JOHOR STATE ANTHEM - PART TWO
The "Lagu Bangsa Johor" is Johor Darul Ta'zim's official state anthem. After it was composed, arranged and recorded to be the state's official anthem, it was played for and approved as the official anthem by Johor state secretary Dato' Mohamed Mahbob and state advisor Tuan D.G Campbell.
In general, during celebrations of the Sultan of Johor's birthday since the reign of Sultan Sir Abu Bakar, as soon as a prayer recital was completed at the State Assembly, the Johor state anthem "Selamat Sultan" would be played after a cannon royal salute on top of Bukit Askar (now known as Bukit Timbalan).
In the 1920s, Sultan Sir Ibrahim wanted the Johor state anthem to be named "Lagu Bangsa Johor" and played at every official ceremony or event as soon as the Sultan of Johor arrived. It has since become part of traditions to date and the Johor people's pride. Allah Peliharakan Sultan.
 

Ulasan