Inilah 'Iron-Man' JDT Musim 2018 - Corbin Ong

Beliau baru bersama JDT musim ini, 2018 namun beliau telah menambat hati barisan jurulatih JDT. Beliau mendapat kepercayaan jurulatih JDT sepanjang musim ini. 



Corbin-Ong, seorang pemain kacukan Malaysia-Barbados sebelum ini pernah beraksi di kelab Liga Divisyen Dua Belanda, Go Ahead Eagles dan dalam lapan penampilan dia berjaya menjaringkan lapan gol.

Kini di JDT, beliau kerap diturunkan dan ini boleh dianggap sebagai iron man JDT kerana sentiasa berada dalam kesebelasan utama JDT.

Berikut adalah rekod Corbin-Ong sepanjang karier beliau bersama JDT. 

JUMLAH PERLAWANAN JDT (sehingga 17.10.2018) 
= 42 perlawanan

Penampilan

Penampilan - 38 perlawanan
Kesebelasan Utama - 38 perlawanan
Subs Masuk - 0 perlawanan
Subs Keluar - 0 perlawanan
Subs Sahaja - 0 perlawanan
Jaringan - 1 gol
Kad Kuning - 4 kad
Kad Merah - 1 kad
Debut : LS1 - JDT vs Kedah (03.02.2018)


Jumlah Jaringan : 1 gol
05 Mei 2018 - LS9 - NS vs JDT

Jumlah trofi : 2 trofi
Piala Sumbangsih - 2018
Liga Super - 2018

Pencapaian dan rekod terbaik Corbin-Ong :

1. Penampilan terbanyak (38 perlawanan) (sama banyak dengan Hazwan Bakri).

2. Jumlah minit bermain tertinggi (3,450 minit)

3. Rekod kesebelasan utama tertinggi (38 perlawanan)

4. Rekod tidak pernah subs masuk, subs keluar atau subs di bangku simpanan.

5. Rekod paling banyak bermain penuh masa sepanjang 16 perlawanan berterusan (dari perlawanan JDT ke-15 hingga ke-30).

Farizal Marlias hanya mencatat 14 perlawanan berterusan sahaja.

6. Corbin-Ong sekarang ini telah bermain penuh masa 11 perlawanan JDT terakhir berbanding Farizal 10 perlawanan.

7. Rekod balingan ke dalam (throw-in) yang paling jauh dalam Liga Malaysia.

Rekod prestasi Corbin-Ong itu sukar digugat oleh pemain JDT yang lain. Ini menunjukkan tahap kecergasan beliau adalah ditahap tertinggi dan beliau kurang mendapat kecederaan serious.

Perlawanan JDT yang berikutnya menentang TFC dan akhir Piala Malaysia (jika JDT layak), sudah tentu Corbin-Ong akan menjadi pilihan utama barisan jurulatih JDT.

Ulasan