Langkau ke kandungan utama

Hariss kekal di JDT sehingga 2021

HARISS HARUN depan mengikat kontrak lanjutan dua tahun yang akan

HARISS HARUN depan mengikat kontrak lanjutan dua tahun yang akan mengekalkannya di JDT sehingga 2021.

KUALA LUMPUR 4 Okt. - Johor Darul Ta’zim (JDT) menerima suntikan semangat menjelang separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Terengganu, Sabtu ini apabila bintang tengah Singapura, Hariss Harun memberi komitmen jangka panjang bersama Harimau Selatan sehingga 2021.
Kontrak asal Harris, 28, yang menyertai JDT pada 2014 sepatutnya tamat pada 2019, namun dia menandatangani kontrak lanjutan dua tahun, umum Harimau Selatan menerusi Facebook rasminya, JOHOR Southern Tigers (JST) hari ini.
”Saya baru berusia 24 tahun sewaktu tiba di sini untuk memperbaiki corak permainan dan membantu pasukan mencapai sasaran...Projek itu masih sama seperti peringkat permulaan. JDT telah banyak membantu saya dari pelbagai sudut.
”Tahun hadapan adalah tahun yang penting buat kelab dalam Liga Juara-Juara AFC. Kelab besar seperti JDT harus konsisten bermain di tahap tertinggi dan ini adalah satu langkah yang besar,” kata Hariss kepada JST.
Sepanjang empat tahun bersama JDT, kapten Singapura itu telah membantu Harimau Selatan merangkul beberapa trofi, termasuk menjulang Liga Super lima kali, selain Piala AFC 2015. - UTUSAN ONLINE

Ulasan