FIGUEROA (kanan) memohon maaf kepada penyokong JDT ekoran kegagalan pasukan tersebut melangkah ke pentas final Piala Malaysia.
PARA pemain JDT jelas kecewa apabila mereka gagal melangkah ke pentas final Piala Malaysia selepas tewas secara agregat 2-3 kepada TFC I pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.
SERBA tidak menjadi, langkah pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada saingan Piala Malaysia akhirnya ternoktah apabila tewas kepada Terengganu FC I (TFC I) secara agregat 2-3 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin malam kelmarin.
Sejurus tamat perlawanan, ketua jurulatih JDT, Luciano Figueroa terpaksa memohon maaf kepada para penyokong selepas menyaksikan pasukan kendaliannya itu gagal mempertahankan Piala Malaysia yang dimenangi musim lalu.
Pada masa sama, beliau akur dengan kehebatan skuad Penyu yang beraksi lebih baik untuk mara ke pentas final musim ini.
“Kami minta maaf, kami sudah bermain dengan baik, namun nasib bukan milik kami,” katanya selepas tamat perlawanan.
Figueroa berkata, beliau akan memberi fokus latihan untuk tahun depan berikutan JDT bakal beraksi di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2019.
Ulasan
Catat Ulasan