Figueroa Yakin Johor DT Mampu Bangkit Di Larkin Nanti

"Masalah kami adalah tidak berjaya menggunakan peluang yang ada. Namun ini adalah bola sepak." jawapan pengurus kelab bola sepak JDT apabila tidak dapat membawa pulang kelebihan dari perlawanan malam tadi.


Namun beliau berkeyakinan anak buahnya mampu bangkit dalam aksi kedua separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium larkin 20 Oktober ini.


"Saya yakin kami mampu melakukan yang lebih baik untuk perlawanan separuh akhir kedua bertemu pasukan Terengganu FC di Stadium Larkin. Saya agak kecewa kerana kami telah melakukan banyak peluang untuk menjaringkan gol namun kami tidak berjaya melakukannya.

“Peluang yang kami perolehi untuk menghasilkan jaringan juga lebih banyak berbanding lawan, tapi skuad lawan lebih bernasib baik, situasi ini biasa berlaku dalam sukan bola sepak,” kata Fegueroa.

Dalam perlawanan semalam, Terengganu FC berjaya menumpaskan JDT 1-0 melalui jaringan Malik Mat Ariff pada minit ke-78. Banyak peluang JDT malam tadi sama ada tidak dapat dimanfaatkan oleh pemain atau pun tidak bernasib baik.

Satu percubaan dari Gonzalo Cabrera tidak diselamatkan oleh penjaga gol Terengganu FC namun tiang gol menyelamatkan mereka.

Berbaki 2 minggu ini, Fegueroa akan menggandakan latihan mereka sebelum aksi kedua bagi memastikan tiket ke final menjadi milik JDT.

"Saya agak kecewa namun saya mempunyai keyakinan terhadap para pemain apabila aksi timbal balik di Larkin nanti. Mereka pasti akan melakukan yang terbaik dan memberikan kemenangan kepada bumi Johor. kata Figueroa.

Ulasan