CERITA ITU BELUM TAMAT!

CERITA ITU BELUM TAMAT!
Fokus adalah pengajaran yang penting dalam perlawanan semalam. Kerana hilangnya fokus, kita melalui jalan yang sedikit kelam. Minit ke tujuh puluh lapan menjadi punca jurang pemisah, kontigensi yang mengakibatkan dua minggu dihantui resah.
Pulang dengan langkah kecundang memang tragis, tetapi Tunku sentiasa tenang dan masih lagi optimis. Semangat seluruh jurulatih dan pemain perlu serta merta dipulihkan, supaya tidak dibelenggu kesedihan yang terus berlarutan.
"Kita masih lagi mempunyai sembilan puluh minit, jangan berputus asa, teruskan berjuang” DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Itulah kata-kata keramat yang dititahkan sejurus sahaja perlawanan tamat. Perbualan pendek ketika Tunku menelefon seorang pemain senior untuk memberi kata semangat. Lalu perkara itu segera di sampaikan kepada seluruh pasukan, bagai penawar segala rasa kekecewaan, kalimat itu akhirnya menjadi penyembuh kesakitan.
Amanat Tunku itu adalah petanda seratus peratus kepercayaan, Tunku terima tanpa wujud sekelumit keluhan. Ibarat tiupan nafiri yang boleh mengejutkan Harimau Selatan dari dengkur, maka pascanilai kekalahan dan proposisi kebangkitan segera perlu diatur.
Sebagai penyokong, kita juga perlu berfikiran seperti Tunku, sentiasa positif apa yang kini telah berlaku. Jangan biarkan sokongan dan harapan berubah arah, jangan sesekali takrif artikulasi kalah.
"Jadikan kemenangan mereka hanya seperti bintang Nova yang bersinar, tiba-tiba terang tetapi cepat benar cahaya pudar."
Jangan pernah menganggap kekalahan ini sebagai tribulasi, lupakan jahatnya agitasi malah jangan berhenti invokasi.
Akhir kalam,
Realitinya perjuangan ini masih belum menemui jalan penamat, masih sempat untuk ubah keputusan muktamad. Biar pun peluang hanya sekecil lubang jarum, nama Merah Biru ini pasti sentiasa harum.
Cerita belum tamat.
"Ianya bukan bagaimana anda memulakannya, ia adalah bagaimana anda menyelesaikannya" DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.
Merah itu darahmu, biru itu nyawamu.
Dayung sudah ditangan, perahu sudah di air,
Elok kata dalam muafakat, buruk kata luar muafakat.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan