BURIRAM , MUANGTHONG DAN BANGKOK UNITED MENJADI UJIAN PRA MUSIM JDT 2019

Awal-awal lagi Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah membuat persiapan dan perancangan untuk pra musim tahun hadapan. Pemilik JDT, DYAM TMJ merangka persiapan awal sebagai persiapan menghadapi saingan yang lebih hebat musim hadapan.


Baginda mengesahkan bahawa JDT sekali lagi memilih Thailand untuk persediaan pramusim bagi menguji pemain menentang Buriram United, Muangthong United dan Bangkok United pada awal Januari 2019, untuk menjadikan JDT disegani ketika beraksi pada Kejohanan Juara-juara Asia (ACL) tahun depan.

Bekas presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berkata, Bangkok akan menjadi lokasi terbaik kerana waktu perjalanan melalui udara hanya kira-kira dua jam, selain kos rendah dan tahap kompetitif tinggi.

Ulasan