Bukan malam JDT - Figueroa



PEMAIN Terengganu meraikan kejayaan mereka selepas menewaskan JDT dengan agregat 3-2 sekaligus melayakkan diri ke aksi final pada Perlawanan Separuh Akhir Kedua Piala Malaysia di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin. - Foto BERNAMA

JOHOR BAHRU: Perasaan kecewa jelas terpancar di wajah pengurus Johor Darul Ta'zim (JDT), Luciano Figueroa selepas pasukan itu gagal mara ke pentas akhir Piala Malaysia untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu.
JDT terpaksa akur dengan kegagalan itu walaupun melakar keputusan seri 2-2 dengan Terengganu FC (TFC) malam tadi, namun skuad kendalian Irfan Bakti Abu Salim mara dengan agregat 3-2.
Sebelum ini, TFC menang 1-0 ketika aksi separuh akhir pertama di Kuala Terengganu, Terenganu pada 6 Oktober lalu.
Dalam aksi malam tadi, JDT mendahului 2-0 hasil jaringan penalti Fernando Marquez pada minit ke-40 serta jaringan Gonzalo Cabrera pada minit ke-62. Namun, kapten TFC, Kipre Tchetche merapatkan jurang pada minit ke-68 dan menyamakan kedudukan pada minit ke-89.
Bagi Figueroa, pemain JDT sudah memberikan yang terbaik dalam perlawanan itu selepas menguasai keseluruhan permainan dan sering memberi tekanan ke kubu TFC, tetapi gagal menterjemahkan peluang terhidang dengan jaringan.
"Memang kecewa kerana gagal untuk layak. Tetapi itu sudah suratan dan apa yang berlaku adalah pengajaran buat kami, malah dalam permainan bola sepak macam-macam boleh berlaku. Kami harus terima hakikat malam ini (malam tadi) bukan malam JDT.

Ulasan