BLUEPRINT JDT DAN ‘WINNING MENTALITY’ MENJADI ASAS MEMBENTUK HARIMAU SELATAN YANG DIGERUNI
Sewaktu DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengambil alih semua pasukan dan kelab bola sepak di negeri Johor dan menjenamakan semula kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim, ramai yang teruja dan ramai juga yang skeptikal.
Ramai penyokong serta pemerhati bola sepak teruja apabila baginda mempersiapkan pasukannya dengan mengumpul ramai pemain terbaik di Malaysia. Ketika itu juga baginda menyatakan akan mewujudkan pasukan JDT II, JDT III, JDT IV dan akademi.
Di Malaysia, tidak ramai yang memahami konsep yang dilaksanakan di kelab-kelab bola sepak Eropah. DYAM Tunku Mahkota Johor telah membawa masuk beberapa pakar taktikal untuk membentuk blueprint dan falsafah bola sepak JDT. supaya semua pasukan dalam kelab JDT bermain dengan corak permainan yang sama.
Dengan blueprint ini, pemain JDT IV akan mudah diserapkan ke JDT III dan begitu juga dari JDT II ke JDT. Ini kerana mereka sudah memahami corak permainan yang dituntut oleh kelab sejak dari awal. JDT juga satu-satunya kelab yang mengadakan latihan berpusat untuk kesemua skuad.
Baginda menyatakan bahawa pasukan utama perlu kuat untuk meyakinkan skuad muda akan kenaikan pangkat mereka kelak. Pemain-pemain muda juga akan bermain bersungguh-sungguh serta diterapkan dengan ‘Winning Mentality’ untuk memastikan kejayaan berjaya dilakar dan mereka layak ke pasukan utama JDT.
Kini blueprint ini mula menunjukkan kesan positifnya. Pasukan Bawah-15 dan Bawah-18 muncul pemenang di Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Malaysia 2018 (MSSM). Skuad Bawah-12 pula berjaya ke suku akhir manakala skuad Bawah-13 memenangi kejohanan 2018 JSSL International Professional 7’s di Singapura.
Skuad Bawah-14 pula ketika ini sedang mara ke perlawanan akhir Piala Liga Menteri Pendidikan KPM-FAM. Bakat-bakat muda inilah yang bakal menggalas tugas membawa cabaran JDT di masa akan datang. Ini antara perkara yang positif hasil dari blueprint yang telah dicipta.
Skuad JDT III yang bermain di Piala Presiden juga sudah menunjukkan kehebatan dengan melangkah ke peringkat separuh akhir. Pelapis-pelapis negeri Johor ini bukan sahaja mampu bermain untuk JDT malah mereka turut mampu bermain di Eropah hasil kerjasama JDT dan kelab Valencia CF dari Sepanyol.
Dengan blueprint yang jelas dan ‘Winning Mentality’ yang sudah ditanam dalam setiap pemain JDT di semua peringkat, tidak hairan jika kuasa bola sepak negara tidak akan berganjak dari tanah selatan ini dan mampu membentuk pasukan-pasukan Harimau Selatan yang digeruni. Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan