BANGKITLAH HARIMAU SELATAN!

BANGKITLAH HARIMAU SELATAN!
Hanya berbaki beberapa hari lagi perlawanan timbal balik separuh akhir kedua unifi Piala Malaysia 2018 akan berlangsung. Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin bakal menjadi medan penentuan adakah JDT layak ke perlawanan akhir atau tidak.
1. YAKINLAH UNTUK BANGKIT
Di atas kertas, memang benar Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini ketinggalan 1-0 secara agregat, namun keputusan ini dilihat tidak memberi sebarang tekanan. Dengan keyakinan yang tinggi maka termasnifestasi sebuah kebangkitan. Dengan kebangkitan pula, JDT bakal mengimplementasikan segala impian penyokong untuk melihat kelab ini beraksi di pentas final menjadi kenyataan.
2. TEPIS SEGALA KRITIKAN DAN PERSPEKTIF NEGATIF
Dalam situasi terkini, JDT dikelilingi dengan kata-kata sinis, tanggapan negatif malah tidak kurang juga ramai yang berkeinginan tinggi melihat kelab ini gagal. Jangan hirau dan peduli. Setiap komponen di dalam JDT perlu fokus dan mengabaikan segala yang telah di lontarkan.
Tukarkan segala aura negatif itu menjadi positif. Anggap sahaja kritikan itu sebagai satu bentuk cabaran dalam meningkatkan tahap keyakinan diri. Jadikan juga sindiran dan kata-kata sinis itu sebagai ‘alteratif’ untuk eksistensi kekuatan tambahan dalam meneruskan perjuangan.
3. JANGAN PERNAH BERHENTI BERHARAP
Jangan merangkak dalam keraguan, berlarilah dengan keyakinan. Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin jangan dibiarkan kosong. Penuhkan setiap ruang dan sudut. Kita mampatkan dengan sorakan dan sokongan tanpa henti.
Integrasi dan sokongan penyokong bakal membuatkan pasukan lawan mengharungi 90 minit perlawanan dengan perasaan gentar. Diimbau berbunyi, dilihat bersua, rantaian dan sokongan padu antara jurulatih, pemain dan penyokong di dalam keluarga besar ini mampu mengeluarkan Harimau Selatan dari situasi genting dan sukar.
Akhir kata, yakinlah untuk bangkit. Kita tepis segala kritikan dan perspektif negatif. Malah jangan sesekali pernah berhenti berharap. Demi Harimau Selatan, demi Merah Biru dan demi Johor! Luaskan Kuasamu Johor.
Sumber artikel: Media JST

Ulasan