Antara Terengganu FC, Johor Darul Ta’zim (JDT), Perak dan Sabah, pasukan manakah akan berjaya melayakkan diri ke pentas final unifi Piala Malaysia edisi ke-92 kali ini?
JDT merupakan calon pilihan untuk mempertahankan kejuaraan musim lalu, namun cabaran Terengganu FC perlu mereka lepasi terlebih dahulu sebelum memasang impian tersebut.
Sabah yang tiba-tiba muncul antara 4 pasukan terbaik edisi kali ini, sememangnya tidak boleh dipandang sebelah mata oleh pasukan yang kaya dengan kejuaraan Piala Malaysia, Perak.
Semuanya BOLA membawakan kepada pembaca statistik dan rekod 4 semifinalis edisi 2018 kali ini. Jadi, mari kita dekati secara dekat profil keempat-empat pasukan tersebut.
1) Terengganu FC
Terengganu FC yang ketika ini dibimbing jurulatih otai, Irfan Bakti memiliki sentuhan penyudah yang terbaik dikalangan 4 semifinalis musim ini dengan rekod 24 gol dalam 8 perlawanan.
Namun, mereka juga merekodkan bolos yang banyak iaitu purata 2 gol setiap perlawanan, satu perkara yang perlu diperhalusi oleh Irfan Bakti menjelang pertembungan dengan JDT nanti.
Sebelum bertandang ke ‘The Fortress Larkin’, Terengganu wajar memanfaatkan ruang beraksi di laman sendiri terlebih dahulu dengan mencari bekalan yang ‘lebih’ selesa.
Langkah ke separuh akhir:
- 5-1 v Kuala Lumpur
- 4-3 v Perak
- 2-2 v Felcra FC
- 4-1 v Felcra FC
- 1-2 v Perak
- 2-3 v Kuala Lumpur
- 2-1 v Felda United (Suku Akhir)
- 4-3 v Felda United (Suku Akhir)
Rekod Liga M musim 2018: P32 M16 S5 K11 J61 B51
Penjaring terbanyak Piala Malaysia: Lee Tuck (7 gol)
Separuh akhir terakhir: Edisi 2001, menang agregat 4-1 ke atas Selangor
Juara Piala Malaysia: Tidak pernah (Terengganu FC), 1 kali (Terengganu)
2) Johor Darul Ta’zim (JDT)
Foto: NSTP/ASYRAF HAMZAH
JDT sememangnya pasukan pilihan sejak dari awal berdasarkan kekuatan pasukan dari segenap aspek walaupun mereka adakalanya bergelut dengan prestasi dan konsistensi.
Dikejutkan pasukan tanpa bintang, MIFA FA dan Kelantan dalam pusingan pertama Piala Malaysia tidak menghalang Harimau Selatan untuk bangkit seterusnya layak sehingga ke separuh akhir.
Berdepan Terengganu FC yang sangat offensive, pengendali JDT, Luciano Figueroa perlu merencanakan sesuatu jika mahu pasukannya mmpertahankan kejuaraan musim lalu.
Langkah ke separuh akhir:
- 1-2 v MIFA FA
- 5-1 v Kedah
- 0-1 v Kelantan
- 1-0 v Kelantan
- 1-3 v Kedah
- 3-0 MIFA FA
- 1-1 v Pahang (Suku Akhir)
- 2-0 v Pahang (Suku Akhir)
Rekod Liga M musim 2018: P34 M25 S4 K5 J66 B23
Penjaring terbanyak Piala Malaysia: Fernando Marquez, Safawi Rasid (4 gol)
Separuh akhir terakhir: Edisi 2017, menang agregat 4-1 ke atas Perak
Juara Piala Malaysia: 1 kali (JDT), 2 kali (Johor)
3) Perak
Pasukan ketiga terbanyak meraih kejuaraan Piala Malaysia ini pasti ingin menebus kehampaan edisi lalu, yang mana langkah mereka terhenti apabila tumbang kepada seteru ‘panas’ mereka, JDT.
Perak melalui ketua jurulatihnya menyatakan yang mereka tidak memandang mudah cabaran pasukan Sabah walaupun pasukan tersebut beraksi di saingan 100Plus Liga Premier musim ini.
Langkah ke separuh akhir:
- 0-0 v Felcra FC
- 3-4 v Terengganu FC
- 2-0 v Kuala Lumpur
- 1-0 v Kuala Lumpur
- 2-1 v Terengganu
- 1-2 v Felcra FC
- 0-0 v PKNS FC (Suku Akhir)
- 2-0 v PKNS FC (Suku Akhir)
Rekod Liga M musim 2018: P34 M16 S9 K9 J55 B40
Penjaring terbanyak Piala Malaysia: Gilmar, Wander Luiz (4 gol)
Separuh akhir terakhir: Edisi 2017, tewas agregat 1-4 kepada JDT
Juara Piala Malaysia: 7 kali
4) Sabah
Pakej kejutan untuk separuh akhir Piala Malaysia kali ini, walaupun sedang dirundung masalah kewangan yang meruncing. Namun, Sabah telah mengejutkan ramai pihak dengan prestasi terkini.
Sepanjang perjalanan ke separuh akhir ini, The Rhinos telah mengikat semifinalis 2015, Pahang serta meraih dua kemenangan berharga ke atas finalis edisi 2015 dan 2016, Selangor.
Dibimbing bekas pemain, Jelius Ating, Sabah yang meraih kedudukan ke-6 100Plus Liga Premier itu telah menamatkan penantian 11 tahun Sabah untuk layak ke separuh akhir.
Langkah ke separuh akhir:
- 1-1 v Pahang
- 1-0 v PKNP FC
- 2-1 v Selangor
- 2-1 v Selangor
- 2-0 v PKNP FC
- 0-4 v Pahang
- 1-2 v Kelantan (Suku Akhir)
- 1-0 v Kelantan (Suku Akhir)
Rekod Liga M musim 2018: P29 M12 S8 K9 J46 B37
Penjaring terbanyak Piala Malaysia: Hector Ramos (3 gol)
Separuh akhir terakhir: Edisi 2007, tewas agregat 2-3 kepada Perak
Juara Piala Malaysia: Tidak pernah
Penutup
Keempat-empat pasukan memiliki peluang sama rata untuk layak ke pentas final Piala Malaysia kali ini walaupun mungkin ada yang mengatakan Sabah adalah pasukan paling lemah.
Dalam apa pertandingan sekalipun, adalah berisiko jika kita terlalu memandang rendah kemampuan lawan. Menurut pandangan penulis, tiada yang kuat dan tiada yang lemah.
Sebagai semifinalis, keempat-empat pasukan ketika ini bolehlah kita katakan seperti berdiri sama tinggi, duduk sama rendah ataupun bersukat sama paras, bertimbang sama berat.
Pasukan manakah yang menjadi pilihan pembaca untuk layak ke pentas akhir Piala Malaysia musim ini? Sila kongsikan pendapat anda bersama kami.
Ulasan
Catat Ulasan