Banyak lagi pasukan sedang bergelut dan berjuang untuk menempah tempat ke peringkat kumpulan (group) dalam saingan AFC Champions League 2019.
Jeonbuk Hyundai Motors merupakan pasukan terbaharu yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan Liga Juara-Juara AFC 2019 setelah menjuarai Liga Korea Selatan 2019. Walaupun masih berbaki 6 perlawanan untuk menamatkan Liga mereka, namun Jeonbuk mendahului dan tidak mampu lagi dipintas oleh pasukan lain.
Setakat hari ini Johor Darul Ta'zim (JDT) bersama tiga pasukan, Sydney FC dan Melbourne Victory dari Australia serta Buriram United dari Thailand, telah berjaya melayakkan diri ke peringkat kumpulan ACL 2019. 7 lagi slot masih belum dapat ditentukan lagi,
Selain dari itu 4 pasukan akan menyertai 12 pasukan yang dalam peringkat kumpulan apabila dinaikkan ke kumpulan jika melepasi peringkat play-off kelayakan, menjadikan kesemuanya 16 pasukan.
Senarai pasukan yang telah layak sehingga 11 Oktober 2018 :
Jeonbuk Hyundai Motors (Korea Selatan)
Sydney FC (Australia)
Melbourne Victory (Australia)
Johor DT (Malaysia)
Antara pasukan yang ditempatkan terus ke kumpulan itu adalah dari negara :
Korea Selatan (3)
China (3)
Jepun(2)
Australia (2)
Thailand (1)
Malaysia (1)
4 pasukan berikutnya adalah dari pemenang 4 perlawanan play-off nanti.
Zon Timur Asia ini dibahagikan kepada 4 kumpulan (E, F, G dan H). Pengundian menentukan kumpulan dijangka akan dijalankan Disember ini yang kebiasaannya dijalankan di Kuala Lumpur. Atau selewat-lewatnya awal Januari 2019.
Belum ada kepastian lagi, tetapi sekiranya format pengundian tidak berubah maka kita sudah boleh membuat andaian kumpulan manakah Johor Darul Ta’zim akan berada.
Bagi kelab dari Australia, Sydney FC di Kumpulan H dan Melbourne dalam Kumpulan B. Kesemuanya mengikut slot yang telah ditentukan terlebih dahulu kemudiannya baru diundi antara Korea Selatan atau China yang dalam Pot Timur.
Mekanisme pengundian ini telah digunapakai sejak 2017 lagi.
Di manakah JDT ?
JDT akan berada sama ada dalam Kumpulan E atau G bergantung kepada undian pot antara Korea Selatan dan China.
Dengan kedudukan ini ada kemungkinan JDT berada dalm satu kumpulan sama ada dengan Juara J-League dalam Kumpulan G atau sama kumpulan dengan Juara Liga Korea Selatan.
Pilihan lain selain JDT adalah kelab dari Thailand. Jika Thailand E, maka JDT H. Begitu juga sebaliknya.
Bersedialah kita sebagai penyokong menerima kunjungan kelab juara tersebut yang sudah tentu dibarisi pemain hebat import mereka.
Dapatkah kita menyediakan import sebaik mereka atau dapatkah JDT mengekang serangan dan permainan mereka ? Semuanya sudah tentu dalam perancangan pihak pengurusan JDT. Biar mereka merancang dan kita mempunyai tugas kita sebagai penyokong setia.
**Semua ketentuan dan percaturan kedudukan adalah tidak rasmi. Ia berdasarkan kepada mekanisme dan andaian penulis.
** Penulis akan berikan secara detail bagaimana mekanisme pengundian dalam masa akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan