Langkau ke kandungan utama

Yusri sifatkan jaringan Nik Akif cukup sentimental buat dirinya

PEMAIN GOL KEMENANGAN

PEMAIN Kelantan, Nik Akif Syahiran menjaringkan gol kemenangan pada Perlawanan Piala Malaysia 2018 Kelantan menentang Kedah, di Stadium Sultan Muhammad IV, baru-baru inii. UTUSAN ONLINE/SHIDDIEQIIN ZON


KOTA BHARU 17 Sept - Jaringan kedua Kelantan oleh Nik Akif Syahiran Nik Mat pada masa kecederaan sebelum tamat perlawanan menentang Kedah pada aksi Kumpulan C Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini kelmarin disifatkan cukup sentimental oleh pemangku jurulatih, Yusri Che Lah.
Yusri berkata, sebagai jurulatih dia sama sekali tidak menyangka mampu membawa Kelantan mara ke kelompok 16 pasukan terbaik sekaligus meneruskan saingan di Piala Malaysia.
Menurutnya, jaringan Nik Akif Syahiran itu hadir tepat pada masanya selepas dia mengetahui pesaing terdekat MISC-MIFA tumpas 0-3 ditangan Johor Darul Ta'zim (JDT)
"Sebaik sahaja mengetahui keputusan di Shah Alam (MISC-MIFA lawan JDT) saya terus arahkan pemain untuk mendapatkan jaringan kerana 1-0 belum memadai untuk layak ke suku akhir.
"Namun tuah menyebelahi kita apabila jaringan Nik Akhir hadir tepat pada masanya dan saya berterima kasih kepada semua pemain yang telah mempamerkan disiplin tinggi sepanjang perlawanan tersebut," katanya.
Pada perlawanan itu, Kelantan membuka tirai jaringan pada minit ke-51 menerusi Muhammad Daniel Asyraf Abdullah sebelum Nik Akif Syahiran melangkapkan malam bermakna buat TRW.
Kelantan layak ke suku akhir menerusi perkiraan  bolos dengan pesaing terdekat MISC-MIFA bersama Kedah meskipun masing-masing terikat lapan mata.- UTUSAN ONLINE

Ulasan