YOU ASK, TMJ ANSWERS An article by Page Harimau Selatan peals back the questions and answers given at the casual chat session with HRH Crown Prince of Johor and fans of JDT held recently.

SESI SANTAI BERSAMA TMJ


ANDA TANYA TMJ JAWAB


ANDA TANYA TMJ JAWAB
“Walaupun kelab JDT dah berjaya macam-macam kejayaan, kelab tidak pernah lupakan penyokong untuk bersuara dan tanya apa sahaja persoalan. Hubungan akrab antara kelab dan penyokong. Kita adalah ‘JDT Family.’ Awak semua ada hak untuk mempersoalkan dan menghukum tetapi anda tanyalah terus kepada saya. Kerana saya ada jawapan untuk setiap persoalan anda. Saya  sanggup pergi ke daerah-daerah jika anda mahu. Pernahkah saya tidak menjawab soalan-soalan anda? Pernahkah kami (JDT) tidak merealisasikan impian-impian kita semua..” 
Pembuka bicara daripada DYAM Mejar Jeneral Tunku Mahkota Johor.
Siapa pergi ke sesi santai TMJ Bersama Penyokong Johor baru-baru ini? Siapa pergi alhamdulillah kita hadir untuk berusaha mendengar penerangan daripada Tunku Mahkota Johor sendiri. Kepada yang tidak datang, kita positif berharap penerangan di laman rasmi JST bakal merungkai segala persoalan. Di sini saya akan cuba rangkumkan initipati malam itu Isu panas seperti isu jurulatih serta Benjamin Mora kita pasti sudah mendengar sendiri di rakaman video JST.  Cara terbaik JST untuk menyampaikan mesej. Satu isu ke satu isu.
“Saya diamanahkan untuk jaga Kelab Bolasepak JDT. Semua orang bercakap mahu perubahan tetapi tidak semua orang boleh terima perubahan. Bercakap memang mudah tetapi apabila kita mahu laksanakannya bukan mudah..”
Kewangan Kelab JDT
Malam itu satu persatu baginda cuba menghuraikan isu dan persoalan. Dari isu terkini isu sumber kewangan kelab yang semakin ketat di mana diberitakan ada isu penaja utama yang bakal terjejas musim depan disamping kekangan tanggungjawab kelab untuk merealisasikan impian sejarah berada di kejohanan ACL buat pertama kali. JDT juga positif untuk terus kekal di ACL di tahun-tahun berikutnya. Buat masa ini kelab menjangka akan memperbaiki dan menyusun kembali kewangan kelab dalam masa 2 tahun. Target kita untuk kukuhkan kembali semuanya. Buat masa ini kelab juga sudah bemula untuk memiliki aset dan hartanah sebagai salah satu pelaburan jangka masa panjang kelab JDT.
“Saya turut telah mengeluarkan wang sendiri demi kelab JDT ini. Turut berkorban demi kelab ini untuk rakyat Johor di samping tanggungjawab saya sendiri kepada keluarga saya sendiri..”
Buat masa ini kelab JDT dalam landasan yang betul dengan perancangan jangka panjang dan singkat. Jika semuanya berjalan seperti apa yang dirancang dengan izin Allah JDT bakal menjadi kuasa besar bukan sahaja di bidang bolasepak tetapi di sektor lain. Tetapi, usaha ini semua perlukan hubungan sangat kuat di antara kelab dan penyokong. Mengambil contoh pasukan bolasepak luar seperti Real Madrid dan Juventus yang memiliki kuasa semangat penyokong yang sangat kuat dan luas.
Baginda mengingatkan kembali agar kita jangan lupa sama sekali semasa kita sama-sama membina empayar JDT ini di awal 2013, Macam-macam pihak cuba memperlekehkan JDT tidak kira datang daripada media sosial, media rasmi dan malah dugaan-dugaan daripada  FAM juga. Tetapi selepas sahaja JDT menang piala pertama JDT tidak memandang ke belakang lagi.
“Impian pesaing-pesaing luar adalah untuk melihat TMJ dan penyokong-penyokongnya tidak bersatu dan berkelahi sesama sendiri dengan harapan melihat Tunku Mahkota Johor merasa kecewa serta ‘fed-up’ lalu meninggalkan penyokong-penyokong Johor terbiar dan berpecah., yang hairan  kita sekarang ini saling berbalah walaupun kita baharu sahaja menang piala bulan lepas. Bukan kita tak menang piala pun..”
Stadium RM500 juta bakal dikecilkan?
Berkenaan dengan isu mengecilkan stadium Sultan Ibrahim, berseloroh baginda menerangkan takkan lah baginda sanggup merendahkan impian dan cita-cita besar JDT sebegitu. Cuma harapan baginda penyokong kena datang menyokong kerana tidak mahu melihat stadium yang berharga lebih RM500 juta itu nanti hanya dipenuhi 7 ke 8 ribu penyokong sahaja.
“Target saya kepada JDT adalah bukan hanya terbaik di Asia Tenggara tetapi target saya adalah terbaik di peringkat Asia. Kenapa? Kerana jika kita target ke bulan bintang. Jika target kita tak sampai sana ianya akan jatuh di atas awan. Mesti target tinggi..”
Target ACL
Untuk ACL pula target JDT tidak terlalu tinggi tetapi akan cuba beri cabaran terbaik. Ini kerana tahap pasukan-pasukan lain daripada negara Arab, China, Korea sudah terlalu jauh. Kenapa? kerana mereka sudah memulakan projek seperti JDT ini bertahun dahulu. Tetapi JDT baharu sahaja bermula. Tetapi progres di JDT sangat laju.


Sports Science di JDT?
Buat masa ini JDT memang sudah memulakan penekanan tentang pentingnya disiplin dalam membentuk fizikal dan tenaga pemain-pemain. Tetapi JDT lebih fokus kepada membentuk pemain-pemain muda di Akademi JDT kerana ianya projek jangka panjang. Disiplin tentang teknik dan pemakanan seimbang sejak dari mula lagi.  Disamping itu pemain-pemain remaja ini turut di ajar kelas Bahasa Inggeris dalam silibus latihan. Kerana apabila pemain-pemain senior sudah tiada pemain-pemain muda JDT inilah yang akan mengambil alih. Baginda mengambil contoh dari pemerhatian baginda sewaktu membuat lawatan ke luar negara di Machester City  kelab MC ini lebih fokus kepada sports science dan psikologi pemain. Tahukah anda tidak semua pemain boleh memegang beban besar di JDT?
Siapakah yang membuat keputusan di JDT berkenaan bolasepak?
Di JDT, TMJ yang membuat keputusan dan dikelilingi oleh individu-individu berpengalaman dalam bolasepak dari dalam dan luar negara. Supaya baginda mendapat input tentang bolasepak tempatan dan luar negara. Disamping di JDT memiliki teknologi untuk menilai dan statistik setiap pemain untuk dinilai. Perbincangan dilakukan untuk setiap perancangan di mana kata putus akhir bakal ditentukan oleh pemilik JDT iaitu TMJ.


“Pemain-pemain JDT menangis  di dalam bas  semasa bas berarak ke dataran bandaraya untuk majlis keraian kejuaraan baru-baru ini kerana terharu melihat sambutan penyokong-penyokong yang hadir malam itu..”
Adakah kekurangan penonton hadir ke stadium memberi impak besar kepada JDT?
Ya. Kerana pemain-pemain JDT memang mengharapkan sokongan dan sorakan penuh daripada penyokong JDT.  Sokongan dan sorakan boleh memberikan impak sangat kuat kepada pemain. Itu adalah fakta yang sebenar. Termasuk juga faktor utama untuk kita menarik pemain-pemain luar bermain di JDT. Dan yang pasti penaja-penaja utama suka melihat penyokong yang hadir di stadium.
Target Piala Malaysia tahun ini?
JDT ada satu polisi iaitu untuk menang setiap perlawanan dan pertandingan tetapi masih mengambil faktor keutamaan dan implikasi.
“Jika JDT tidak menang liga tahun ini bakal beri impilkasi kepada mentaliti bolasepak tanahair kerana orang lain bakal membandingkan apa yang JDT ada seperti fasiliti kelas dunia masih gagal menghasilkan piala lalu mereka tidak berusaha ke arah revousi seperti apa yang JDT lakukan seperti sekarang ini..”
Status Marcos Antonio?
Buat masa ini Marcos masih bersama JDT dan sudah ada perancangan untuk beliau. Tetapi JDT tidak akan membincangkan tentang status pemain-pemain sekarang demi menjaga kesetabilan pasukan.
Langkah pro aktif menarik penyokong ke Larkin?
Atas permintaan penyokong pintu stadium Larkin tidak ditutup lagi selepas pukul 9. Kelab menanggung kos bas setiap daerah dan shuttle bas ke stadium. Semuanya percuma dan ditanggung oleh kelab JDT. Tiket masuk masih kekal RM10. Terendah dalam negara.  Aktiviti mini karnival dibelakang stadium sentiasa di adakan di hari perlawanan. Larangan merokok bukannya keputusan dari kelab JDT tetapi itu adalah undang-undang yang sedia ada daripada FIFA.
“Jikalau JDT tidak menang piala 2-3 tahun kita faham tetapi JDT masih menang setiap tahun dan cipta sejarah demi sejarah. Kemudahan dan inisiatif terus dinaikkan tetapi penyokong masih kurang memaksa JDT terus mencari formula menarik penyokong-penyokong..”
Perancangan stadium baharu Stadium Sultan Ibrahim?
Tempat parking kenderaan dan jalan ke stadium bakal tahap terbaik untuk penyokong. Sekitar stadium terdapat restoran dan pusat riadah buat penyokong yang hadir bersama keluarga. Pusat riadah dan berehat baharu kepada semua penyokong dan pelancong-pelancong luar. Shuttle bas turut akan dilaksanakan daripada bandar ke stadium ini.
“Kita perlu sentiasa 20 langkah ke hadapan daripada pesaing kita..”
Budget pasukan setiap tahun?
Setiap tahun akan berubah dan tahun depan yang pasti budget pasukan turut bakal lebih rendah. Tahun depan bakal bergantung kepada penaja-penaja utama dan sumbangan daripada penyokong JDT melalui Yayasan JDT. Yayasan JDT adalah milik penyokong untuk bersama-sama dengan kelab untuk menjadikan kelab JDT lebih kukuh di masa depan.

Ulasan