Pengendali pasukan Pahang, Dollah Salleh secara terbuka menzahirkan kekecewaan beliau terhadap anak buahnya.
Hal ini berlaku selepas para pemain pasukannya gagal menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perlawanan suku akhir kedua unifi Piala Malaysia di Larkin semalam.
Dalam perlawanan itu, JDT menang dengan jaringan 2-0.
Menurut laporan Berita Harian, Dollah mengatakan pasukannya mengecewakan beliau keranan tidak menampilkan hasil permainan yang sebenar.
Hal ini kerana menurutnya, para pemainnya hanya lebih gemar untuk bertahan berbanding melancarkan serangan ke arah kubu lawan.
Selain itu, beliau juga tidak berpuas hati dengan persembahan 2 pemain import Pahang iaitu Patrick Cruz dan juga Austin Amutu yang jelas di bawah par.
“Patrick Cruz dan juga Austin Amutu jelas tidak bermain dengan baik pada separuh masa pertama oleh kerana itu kami menukar mereka.”
Dollah ternyata kecewa dengan kekalahan semalam sambil menyifatkan tumbangnya mereka di Larkin itu merupakan antara perlawanan terburuk pernah ditampilkan oleh skuadnya.
Sungguh pun begitu, Dollah tetap berikan kredit kepada JDT atas persembahan cemerlang mereka.
“Kami kalah kerana kami gagal berikan saingan kepada JDT dalam perlawanan ini. JDT bermain dengan sungguh baik dalam perlawanan ini.”
JDT menjadi 1 satu daripada 3 pasukan yang telah layak ke separuh akhir Piala Malaysia untuk 2018.
2 lagi pasukan adalah Terengganu dan Sabah.
Satu lagi tempat akan ditentukan oleh Perak dan PKNS FC pada malam ini.
Ulasan
Catat Ulasan