Permohonan pindaan venue bagi perlawanan antara MIFA dan JDT ke Stadium Shah Alam diluluskan berikutan venue asal iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ditutup lebih awal bagi persiapan Kejohanan AFC U-16 Championship.

Pindaan venue bagi perlawanan antara pasukan MIFA dan Johor Darul Ta'zim ke Stadium Shah Alam diluluskan setelah permohonan oleh pasukan MIFA pada 28 Ogos 2018, berikutan venue asal iaitu Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya ditutup lebih awal bagi persiapan Kejohanan AFC U-16 Championship.
Keputusan ini dibuat setelah mengambilkira persetujuan bersama pasukan Johor Darul Ta'zim selaku pasukan pelawat perlawanan yang berkenaan.
Tarikh dan waktu sepak mula adalah kekal seperti jadual asal.

Ulasan