PENGURUSAN BERTARAF LIMA BINTANG JOHOR DARUL TA’ZIM
Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah sebuah kelab yang kini berjaya melangkah lebih jauh meninggalkan pesaing dalam kancah bola sepak tanah air. Selain dari jurulatih, pemain dan penyokong, faktor utama kejayaan ini adalah disebabkan pengurusan yang efisien serta perancangan misi dan visi yang logikal.
Apakah yang menyebabkan pengurusan JDT begitu sempurna dalam merealisasikan mimpi menjadi kenyataan, dan yang mustahil menjadi tidak mustahil?
1. ORGANISASI YANG BEBAS DARI KORUPSI, NEPOTISME DAN KRONISME
Korupsi (memperkayakan diri sendiri dan penyalahan penggunaan kuasa) merupakan perkara pertama yang perlu dihapuskan dalam sesuatu organisasi. Amalan ini adalah punca utama kelab atau pasukan di Malaysia menjadi huru hara dan tidak kekal lama.
Manakala sikap nepotisme (melebihkan saudara-mara serta rakan-rakan yang ada hubungan) menjadikan kelab atau pasukan itu tidak berdaya saing kerana pemain atau jurulatih dipilih bukannya melalui penilaian objektif keupayaan yang telus.
Amalan kronisme (mengutamakan kroni) dalam apa-apa projek melibatkan penganugerahan projek seperti penambahbaikan infra dan fasiliti juga pastinya tidak akan terjadi di kelab ini.
DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor sentiasa memantau dari hal paling kecil hinggalah ke perkara yang besar supaya tiada unsur-unsur negatif menular dan menjadi barah dalam JDT.
2. BEBAS DARI PENGARUH POLITIK
Sejak DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor mengambil alih organisasi ini, baginda telah menguruskan kelab secara total. Sejak kewujudan JDT, polisi kelab tidak pernah berubah dan kekal stabil. Berlainan pula yang terjadi pada pasukan-pasukan atau kelab lain di Malaysia.
Ahli politik adalah antara punca kucar-kacirnya sebuah pasukan atau kelab bolasepak di Malaysia. Ini terbukti sehingga kini, kelab-kelab yang dipimpin oleh ahli politik masih tidak berkembang dan masih mencari-cari identiti setiap musim.
Kelab atau sesebuah pasukan yang diuruskan oleh ahli politik tidak ada ketetapan polisi yang jelas. Sentiasa berubah setiap musim baru sama seperti manisfesto mereka setiap kali berkempen.
3. DI KELILINGI OLEH INDIVIDU YANG HEBAT
Sejak kewujudan JDT, kelab ini sentiasa mempunyai aspirasi untuk berjaya. DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor telah meminta pandangan dan nasihat daripada beberapa individu yang mempunyai kredibiliti yang hebat.
Antaranya adalah seperti Peter Kenyon (bekas CEO Manchester United dan Chelsea), Peter Lim (pemilik Valencia), Jorge Mendez (‘super-agent’ pemain terkenal) , juga pemain handalan lain seperti DiMaria, Cristiano Ronaldo, Lionel Messi serta salah seorang pengarah sukan kelab Atletico Madrid.
Hasil dari pandangan dan nasihat mereka, DYAM Tunku Mahkota Johor berjaya menjadikan JDT sebagai kelab yang mempunyai reputasi tinggi dan dikagumi.
4. EFIKASI DIRI YANG TINGGI
Efikasi diri merupakan suatu keyakinan atau kepercayaan diri individu dalam menghasilkan sesuatu dan mengimplementasi tindakan untuk mencapai kejayaan. Di kelab ini, individu yang di beri kepercayaan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor adalah individu yang terbaik, beraspirasi dan mempunyai semangat jati diri yang tinggi dalam menjalankan amanah yang dipikul.
5. MEMAHAMI MATLAMAT DAN TANDA ARAS
Namun segalanya berpunca pada faktor kelima ini iaitu keyakinan, kepercayaan dan memahami setiap inspirasi kerja serta matlamat DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang membuatkan segala perancangan berjalan lancar dan teratur. Baginda berjaya menyedarkan setiap individu di dalam pengurusan bahawa JDT adalah satu kurnia dari baginda khas untuk Bangsa Johor dan anugerah ini perlu dihargai dan dipelihara sampai bila-bila.
Akhirnya kini, JDT bukan lagi melangkah tetapi berlari laju meninggalkan pesaing mereka.
Sumber artikel: Media JST
Hidup Johor Demi Johor
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
#HarimauSelatan
#SouthernTigers
#PermataSelatan
#JewelOfTheSouth
#JDTuntukSemua
#JDTforAll
Ulasan
Catat Ulasan