Saya telah membicarakan tentang perlunya ada kemudahan bola sepak terbaik di Malaysia selama bertahun-tahun dan sedihnya, tidak kelihatan seperti berlaku sebarang perubahan dalam masa terdekat. Hanya alasan yang kami dengar.
Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sedang berusaha untuk memperkenalkan peraturan yang lebih ketat untuk padang bola sepak, termasuk jenis rumput, sebagai permulaan untuk mendapatkan kemudahan fasiliti yang lebih baik di negara ini, seperti bagaimana ia dilaksanakan di Thailand dan baru-baru ini Indonesia. Padang bola sepak adalah perkara penting untuk memastikan permainan dapat dimainkan pada standard yang tinggi, dan ianya harus menjadi keutamaan bagi semua kelab.
Walau bagaimanapun pasukan-pasukan kelihatan tidak bersedia untuk perubahan ini, memberikan alasan seperti stadium dimiliki oleh kerajaan negeri dan untuk melaksanakan perubahan, kerajaan negeri dikehendaki melalui proses tender yang mengambil masa yang terlalu lama.
Inilah masalah apabila stadium dimiliki oleh kerajaan negeri. Kami adalah satu-satunya liga di dunia di mana MFL perlu mengeluarkan dana untuk penjagaan padang. MFL boleh memperuntukkan dana tetapi pasukan tidak dapat bertindak dengan segera kerana ia masih perlu melalui pelbagai karenah birokrasi.
Sebagai pengerusi MFL, saya malu mengenai kemudahan fasiliti tersebut, terutamanya apabila saya melihat negara-negara jiran kami seperti Indonesia dan Thailand. Kelab-kelab bola sepak di negara-negara tersebut mempunyai sekurang-kurangnya sebuah padang bola sepak yang berada dalam keadaan terbaik. Di sini, kebanyakan stadium langsung tidak mempunyai alat penyiram air untuk padang dan bergantung pada hos untuk menyiram rumput.
Perkara sama untuk padang latihan. Sesetengah pasukan langsung tidak mempunyai padang latihan sendiri dan bergantung kepada padang awam. Pemain kemudiannya perlu mandi dari paip biasa dan bukannya tempat mandian sepatutnya. Pemain dibiarkan menukar persalinan pakaian mereka di kawasan terbuka.
Ramai yang mahu perubahan dalam senario bola sepak tetapi tetapi itu hanya sekadar percakapan dan tiada sebarang tindakan. Mentaliti sebegini tidak setaraf dengan kejayaan yang diinginkan. Di sini kami (MFL) cuba melakukan perubahan tetapi tiada siapa yang mahu melaksanakan atau bertindak.
———
I have been harping about the need for top-notch football facilities in Malaysia for years and sadly, things don't seem to be changing any time soon. Excuses are all we hear.
The Malaysian Football League (MFL) is attempting to introduce stricter regulations for football fields, including the type of grass, as a start to having better facilities in the country, like how it is implemented in Thailand and recently Indonesia. Football fields are crucial to ensure the game can be played to a high standard, and there for it should be a priority for all clubs.
Yet teams don't seem ready for this change, providing excuses such as the stadiums are owned by state governments and to implement changes, the state governments are required to go through a tender process that takes too much of time.
This is the problem when the stadiums are owned by the state government. We are the only league in the world where MFL has to come out with funds to maintain the pitch. MFL can allocate funds but the teams are unable to act on it immediately because it still has to go through the red tape.
As chairman of MFL, I am embarrassed about the facilities, especially when I look at our neighbouring countries Indonesia and Thailand. Football clubs in these countries have at the very least a football pitch in tip-top condition. Here, many stadiums don't even have sprinklers for the pitch and rely on hoses instead to water the grass.
It's the same for training fields. Some teams don't even have one and rely on public fields. Players end up having to bath from a regular tap instead of a shower. Players are left to change in and out of their outfits in an open area.
Many want changes in the football scene but it remains all talk and no action. The mentality is not in accordance with the success desired. Here we (MFL) are trying to make changes but no one wants to move or act on it.
Ulasan
Catat Ulasan