Kelab London Mana Yang Menambat Hati TMJ?

London

Pemilik Johor Darul Ta’zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikhabarkan berminat untuk membeli salah sebuah kelab yang berpengkalan di Kota London.
Baginda seolah-olah mahu melebarkan sayap ke kancah bola sepak Eropah dengan memuat naik status di laman media sosial Twitter milik baginda dengan mengatakan kelab dari London merupakan pasukan yang ideal untuk dimiliki.
Sebelumnya, TMJ menyatakan minat untuk melabur dalam salah sebuah pasukan yang terkenal di Eropah iaitu AC Milan. Namun, baginda berpendapat perkara tersebut kurang tepat memandangkan pasukan gergasi dari Itali itu mempunyai hutang sebanyak RM2.876 bilion.
“(Mendapatkan AC Milan) sentiasa menjadi impian saya. Milan merupakan pasukan yang besar tetapi malangnya, mereka kini berhutang lebih 600 juta (euro).
“Jadi itu bukan idea yang bagus. Pasukan yang ideal untuk dimiliki adalah kelab dari London,” katanya menerusi akaun Twitter @HRHJohorII.
Ketika ini, ada enam pasukan yang berpengkalan di London beraksi dalam saingan English Premier League musim 2017/2018. Enam pasukan tersebut adalah Chelsea, Tottenham Hotspur, Arsenal, West Ham United, Crystal Palace dan Fulham.
Selain enam pasukan di atas, ada Queens Park Rangers dimana taikun penerbangan negara, Tan Sri Tony Fernandes mempunyai saham dalam pasukan tersebut. Seterusnya ada Millwall yang beraksi di Liga Kejuaraan dan Leyton Orient yang beraksi di divisyen ketiga.
Apa yang pasti, TMJ perlu menyediakan dana yang besar sekiranya mahu beliau memiliki atau membeli saham dalam kelab yang kami maksudkan di atas. Ini kerana mereka beraksi di peringkat tertinggi dan mempunyai nilai pasaran yang sudah semestinya tinggi. Khususnya enam pasukan yang beraksi dalam saingan English Premier League.
Apa pendapat anda mengenai Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dikhabarkan berminat untuk membeli salah sebuah kelab yang berpengkalan di Kota London? Kelab manakah yang sesuai untuk dibeli TMJ dan diuruskan mengikut gaya yang baginda gunakan ketika menguruskan pasukan Johor Darul Ta’zim sehingga memenangi lima kejuaraan Liga Super?

Ulasan