Walaupun skuad Helang Merah hanya perlu seri, namun kekuatan penuh diperlukan bagi mengukuhkan pasukan untuk mengekalkan momentum yang sama ketika menumpaskan Johor Darul Ta'zim (JDT), di laman sendiri.
"Kita mahu layak dan fokus kita hanyalah untuk menang dan tidak lain daripada itu. Kita sudah mempersiapkan segala perancangan yang perlu.
"Ini perjuangan 'hidup mati' dalam Piala Malaysia. Sebagai finalis Piala Malaysia musim lalu, kami tidak rela impian kami dileburkan pada peringkat ini. Inilah sebab kami mahukan turunkan kekuatan penuh," katanya.
Azzmi juga berharap perkembangan positif pemain selepas menang 3-1 ke atas JDT sebelum ini kekal menjadi inspirasi buat kepada mereka untuk memburu kemenangan di Kota Bharu.
Ketika ini, katanya semua pemain bersedia untuk beraksi, kecuali penyerang utama Paulo Rangel yang masih lagi menjalani penggantungan tiga perlawanan oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.
Tempat Paulo akan digantikan pemain berusia 35 tahun, Sandro Da Silva yang setakat ini berjaya membawa watak 'pemusnah' buat Kedah.
“Saya yakin, dia adalah pilihan terbaik untuk menggempur Kelantan,” kata Azzmi.
Ulasan
Catat Ulasan