KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) dan juara dua kali, Kelantan melengkapkan senarai lapan pasukan ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas berakhirnya pusingan awal pertandingan bola sepak tertua tanah air itu, malam ini.
Pada aksi di Stadium Shah Alam, JDT menang selesa 3-0 ke atas wakil kelab Liga Premier MIFA, sekaligus muncul juara Kumpulan C dengan kutipan sembilan mata.
Tiga gol skuad Harimau Selatan diperoleh menerusi sepakan penalti, Gonzalo Cabrera pada minit ke-62, serta gol padang dan sepakan penalti, Muhammad Safawi Rasid pada minit ke-72 dan ke-82.
Kelantan pula memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri setelah mengatasi juara lima kali, Kedah 2-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu.
Dua gol Kelantan dijaringkan oleh Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-51 dan Nik Akif Syahiran Nik Mat pada minit ke-90. - Bernama
Ulasan
Catat Ulasan