Langkau ke kandungan utama

Jaringan lewat permainan selamatkan Tok Gajah

PEMAIN Pahang, Patrick Dos Santos Cruz

PEMAIN Pahang, Patrick Dos Santos Cruz (kiri) diasak pemain JDT, La Vere Lawrence Corbine Ong dalam saingan suku akhir pertama Piala Malaysia 2018 di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang malam ini. - UTUSAN ONLINE / MAHATHIR ALI

KUANTAN 23 Sept. - Safuwan Baharuddin menjadi wira Tok Gajah apabila menjaringkan gol penyamaan skuad itu pada minit ke-91 perlawanan dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur malam ini.
Jaringan Safuwan itu pastinya menghampakan JDT selepas skuad Harimau Selatan berjaya membolosi gawang Tok Gajah pada minit ke-46 menerusi jaringan Gonzalo Cabrera.
Perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1 selepas tamat empat minit masa tambahan yang diberikan pengadil, Razlan Jofri Ali. - UTUSAN ONLINE

Ulasan